[ bersamaku ]

January 16, 2013

GADIS JEPUN SAMBUT UMUR REMAJA

Jepun antara negara yang kaya dengan adat dan resam, selain Korea.

Perayaan Coming of Age, atau dalam bahasa tempatannya Seijin no Hi, disambut oleh ribuan remaja yang memasuki umur genap 20 tahun.
Sambutan ini untuk meraikan dan merayakan remaja untuk memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka.
Para remaja memakai pakaian tradisional kimono, dan tentunya ditemani oleh telefon pintar masing-masing.

Untuk pengetahuan anda, remaja Jepun boleh mula membuang undi bermula umur 20 tahun.

Sambutan ini dijalankan di sekitar negara matahari terbit tersebut, termasuk di Disneyland Tokyo.








DILARANG MAKAN

Bagi yang menghadapi masalah mengawal berat badan, disarankan supaya tidak membeli anting-anting seperti yang tertera di bawah ini.

Apa kaitan anting-anting dengan kenaikan berat badan?

Kelsey Comfort, 21, dari Alaska telah mendapat inspiraasi daripada restoran dan kedai makan untuk mereka set anting-anting yang berbentuk seakan kek dan donat yang sebenar.

Beliau membuat hasil tangan ini daripada bahan tanah liat polimer.

"Saya menggunakan pencungkil gigi, pin dan berus warna yang halus untuk membentuk tanah liat. Kebanyakan set mengambil masa beberapa jam untuk disiapkan dengan teliti. Saya tidak kisah meluangkan masa melakukannya, kerana saya sememangnya mencintai seni", katanya.






January 6, 2013

AKHIRNYA CORRUPT JUA

Setelah beberapa lama bertahan dengan penuh kedaifan, akhirnya Cable USB itu rosak jua.
Harus sambar baru.
1tb beb, mana tak sedih.






November 30, 2012

UJUNGAN - RITUAL MEMANGGIL HUJAN

Indonesia.
Boleh tahan pelik.
Ritual dan adat yang berbagai.

Ujungan.
Salah satu ritual silam di daerah Kediri, INdonesia untuk memanggil hujan.

Amalan ritual ini dahulunya merupakan ritual tahunan di negara tersebut pada musim kemarau untuk 'memanggil' hujan demi mengairi tanaman dan ternakan.

Kini, amalan ini hanya dijalaankan pada waktu-waktu terdesak sahaja disebabkan semakin kurang penduduk yang masih mengamalkan dan mempercayainya.

Alat pemukul diperbuat daripada sabut kelapa sawit, dinamakan Tiban.
Pukulan Tiban diiringi dengan alunan muzik dan drum.

Darah yang mengalir menjadi simbolik untuk pertukaran dengan air hujan.

Gambar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...