[ bersamaku ]

January 29, 2011

HATRED

  Sejak dua tiga hari kebelakangan ni, macam-macam hal la yang berlaku. Yang happy, yang sedih, yang benci, yang meluat, yang baik, yang buruk. Hm, warna hidup, macam tu lah, ada yang putih, ada yang hitam. :)
  • Aku pelik bila tengok ada sesetangah orang, cakap je lebih sampai ke langit, tapi diri sendiri tak kemana.
  • Aku pelik bila tengok budak-budak sekarang, naik EX5 tapi sarung KHI, tak ke berat nampak kepala dia tu?
  • Aku pelik bila tengok budak sekolah sekarang, pergi sekolah dah bukan nak menimba ilmu, tapi lebih kepada bergaya. (bila dah mewah sangat macam tu la jadi)

  • Aku pelik bila tengok orang-orang kaya, jutawan-jutawan dunia, korporat-korporat bila time makan control gila, pegang sudu pun hujung-hujung jari jek. (padahal perut punya la lapar tahap dewa! kesian perut)
  • Aku pelik bila tengok kereta import, even tak lawa, tak berkualiti, tetap jadi pilihan orang-orang kita. Kereta nasional pulak tak kira la even highest quality pun masih tetap dipandang hina. pelik3!
  • Aku pelik bila kerajaan umumkan nak kutip cukai pendapatan daripada para pengendali blog-blog yang ada kat Malaysia ni, diorang tak tau ke orang buat blog siang malam sampai tak cukup tidur, diorang senang-senang nak kutip cukai pendapatan.
  • Aku pelik bila ada certain people, suka nasihat orang dari belakang je, bila depan tak cakap pulak.
  • Aku pelik bila tengok manusia yang masuk universiti, belajar tinggi-tinggi, sampai 10th floor, tapi bila keluar bukan main susah nak dapat kerja yang sesuai.
  • Aku pelik bila tengok produk-produk tempatan susah nak dapat sokongan pengguna tempatan sendiri.
  • Aku pelik bila tengok budak-budak hingusan yang poyo je lebih, tapi sebenarnya tak tahu apa pun, kosong!
  • Aku pelik bila tengok artis-artis sekarang lebih bergantung kepada body daripada bakat. (ooops!)
  • Aku pelik bila aku buka ohcerita tv2 je yang boleh tengok, tv3 tak boleh pun, frust betul! hmph

[ BORINGNYER DUDUK SINI ]

January 28, 2011

CUTI KER?

  Hm.....cuti datang lagi, semua universiti cuti, seminggu cuti Gong Xi Fa Cai. Semua student balik rumah, lepak-lepak, tengok tv, makan free, jalan-jalan makan angin. And for sure yang paling happy chinese student, mana taknya, last day lagi dah lesap balik rumah, haha!
Best ker cuti????

 Memang best, best sangat-sangat!! Tapi yang jadi tak bestnya..........................................bila tak dapat balik time cuti !!!!!!! 

 ARGHH !!!!!!!
 Untuk mengungkap kenapa encik penulis blog ini tak dapat balik, tak lain tak bukan, semata-mata, satu-satunya, the only reason is..........PTPTN!
Awat la yang abang PTPTN ni suka sangat masuk duit lambat-lambat hah, geram betoi sampai aku tak dapat balik rumah cuti seminggu! Nak buat apa sensorang kat sini, boleh jadi gila gamaknya kalau setiap kali cuti tak dapat pulang ke kampung halaman.  
Fenninn vettoy! 

[p/s:
Sangat jeles di dalam hati bila tengok semua member-member balik, tersengih-sengih jek, wuuuuuuuuu~~ ]



" hai sane, nak join balik kampung???? =O"

~the smell of the paddies - so irresistable!!!~

~bestnyer bila dapat balik kampung~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...