[ bersamaku ]

February 27, 2011

BUKAN MILIKMU

  Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

  Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

  Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

  Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

  Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

[ CREDIT ASAL  :) ]

February 25, 2011

APA NI?

 Frankly, I didn't even know why this lately, my Fonno Pinko seems to received a lot of junk messages, either from Celcom, 63388, n etc. WTF is goin on wif my Pinko? as I aware I didn't describe any mobile content! It's ok when you got only 2-3 messages, but how 'bout when you received 9-10 messages per 2 days???????? WTF !!!!!


  1 of them sounds like this:
RM0.00 Plgn dihargai, no anda 6019+++++++ tlh dipilih. Enjoy SMS Mobile Content Baru! Taip ON BR ke 33163 & trm hadiah percuma!
  Obviously it's not a legal mobile content messages from any provider, so the action is to ignore all thiz kinda text, but still, IT IS SUPER ANNOYING !!!!! 
Kalau pakcik-pakcik boleh la kamu kaut duit free daripada mesej-mesej annoying camni, but if it wuz me, u r SHIT !!

**************************
SURAT BERANTAI

  One more, recently my fb receives a lot of inbox messages, frankly speak, there must be something wrong when eventually my inbox going full. I'm not contradicting with what I'm tellin' u by now ( and I know you must be receivin' the same inbox recently ! ) , but it is clear that thiz iz 1 more chain letter !

  Bukan nak cakap apa, tapi kalau tak baca surat-surat 'nasihat berantai' macam ni pun, kita dah tahu apa yang sedang berlaku, it's jz nak ke tak nak je. Last words, DON'T LAYAN ALL THIS KIND OF SURAT BERANTAI OR WHATEVER !!!

[ SURAT-SURAT BERANTAI TU SEMUA TAKTIK LAMA, LOYA! *sigh ]

February 22, 2011

DI KALA LEMAH MENJENGAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Memang.

Rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.

Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.

Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.

Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.

Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.

Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?

Bagaimana kita menyingkapinya?

Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.

Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam kondisi itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.

Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.

Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.

Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?

Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.

Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.



BERSANGKA BAIKLAH

Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin. Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.



SABAR


Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum.



KESILAPAN DIRI


Ada masa kita silap.


Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan.


Terkadang, kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.


Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari.


Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?


"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [Surah An-Nisa', 4: 32]


Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.


Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?


Namun, silapnya pada kita.


Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya.


Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa.


Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.



WUJUDNYA SAAT MUHASABAH


Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.


Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah.


Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa.


Adakah kita masih berada pada landasan yang benar?


Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi.


Baik.


Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?


Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?


"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]


Maka, di situ punya hikmah untuk sama-sama kita renungkan.


Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.


Dia mahu kita kembali kepadaNya.


Dia mahu kita selamat di 'sana'.


Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.



Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?
Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain (nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?


Benarkah kita telah meletakkan pergantungan kita sepenuhnya kepadaNya?
Atau mungkin, kita meletakkan pergantungan kita kepada 'tuhan-tuhan' lain (manusia-manusia lain atau diri sendiri) lebih, berbanding Dia Yang Maha Sempurna?


Moga-moga, hati-hati yang bersih itu mampu memberikan jawapan yang jujur.


Kerana saya yakin, pasti semua tahu, bahawa apabila kita sudah mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita, seharusnya hanya Dialah yang menjadi matlamat utama hidup kita. Dan hanya kepadaNya jualah tempat kita bergantung segala.


Dan perkara-perkara lain yang 'terkorban' (ketika diuji) itu, tidak lain hanyalah salah satu kurnia dariNya dan juga sebagai ujian pembuktian keimanan manusia.


Seharusnya ia tidak mampu menggoyah matlamat hidup serta keyakinan kita.


Selama ini, adakah itu cara kita melihat?



Penutup: Kembali sedar matlamat dan peranan hidup


Kembalilah menapak bersama matlamat dan hala tuju yang jelas.


[ LEMAH MENJENGAH TAK MENGIRA SIAPA ]


CREDIT iluvislam

February 17, 2011

PEREMPUAN JUGA MAMPU

Tentera hanya untuk lelaki, dan kaum perempuan sangat tak sesuai nak angkat pistol, senapang, tembak-tembak, lawan dengan orang lelaki. Perempuan hanya layak duduk dapur, masak nasi, basuh kain. Pendek kata, ANDA SALAH!
Siapa kata perempuan tak mampu jadi askar, tentera, macam orang lelaki? Anda tak percaya? Ha! Di bawah ni ada banyak bukti gambar-gambar perempuan juga mampu jadi askar!



AUSTRIA

BELGIUM

CHILE

CZECH REPUBLIC


FINLAND

FRANCE

GERMAN

GREECE

INDONESIA

ISRAEL

NORWAY

POLAND

ROMANIA

RUSSIA

SERBIA

SERBIA

SPAIN

SWEDEN

SWITZERLAND

UNITED KINGDOM

UKRAINE

VIETNAM
-CREDIT TO ORI SOURCE

[ HARAP-HARAP TAK KENA BULI DEKAT KOLEJ TENTERA UDARA :P]

February 15, 2011

KOLEKSI KANTA LEKAP YANG PELIK

Di bawah ni ada koleksi kanta lekap yang pelik-pelik dan yang tak pernah dibuat dek orang....

Kanta lekap fesyen diilhamkan Dior

Kanta lekap Mata Naga, dijual pada harga USD 129.99

Kanta lekap litar elektronik, menjadi pilihan penggemar teknologi milennium

Kanta lekap bertemakan Halloween, menjadi kegilaan kanak-kanak sewaktu Halloween

Kanta lekap Don'tWorry Be Happy, bertemakan 80-an

Kanta lekap Hello Kitty

Kanta lekap yang lain daripada yang lain, dengan berlian tiruan dipasang tergantung diikat pada kanta, agak berbahaya.

Kanta lekap Nike MaxSight, daripada Nike, direka untuk peminat lumba basikal, untuk mengelakkan pancaran matahari yang berlebihan


Kanta lekap mata kucing

Kanta lekap bola. Direka oleh pakar optik German, Stephanie Berndt, dijual pada harga USD 54 sepasang

Kanta lekap berkerlipan, direka Anthony Mallier dari India, diberi nama Sparkle


Kanta lekap Wild Zebra Eyes

Kanta lekap Mickey Mouse
[ PELIK-PELIK DUNIA SEKARANG ]

SERAM JUGAK




Sebelum aku cite ape yang berlaku pada aku mase kat asrama dulu...

aku nak korang baca and fahami maksud lirik lagu ulik-mayang ni....

Jangan korang hafal and practise plak...

Hanya sekadar peringatan....

Cukuplah sekadar aku sorang je yg kena....


ULIK MAYANG

Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu

Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning

Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning

Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga

---

Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan

Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala



Ha, macam mane??? korang x rase seram ke???

sampai skunk aku x nyanyi lagu ni....

dulu aku suka nyanyi saje2 cz aku nak test....

betul ke kalau kita nyanyi lagu ni....

tujuh puteri tu akan datang kat kita....

so, ceritanya macam ni....

pada satu petang kat asrama....

sume kawan2 aku ajak aku turun main bola tampar...

tapi aku refuse nak pegi cz da bosan...

asyik main bola tampar je...

so, aku duduk la termenung kat dalam dorm sorang2....

tetibe je aku dapat idea...


''Erm , betul ke ulik mayang ni wujud???''

''Ntah2 orang tua2 saje je reka2 cite...''

''X kan nyanyi lagu pun salah...dah la lagu dia sedap...''

''Ape kate aku cuba try nyanyi, sedap jugak duk jiwng sorang2 ni''

sebelum aku nyanyi, aku pegi cari satu mangkuk yg agak besar...

then, aku letak air dalam tu...

lepas tu, aku pun pegi la cari tujuh jenis bunga....

kebetulan dekat asrama aku tu ade banyak jenis bunga....

so, aku pilih je la...

tapi aku amik bunga yang cantik2 je n berbau harum...

then, aku carik2 kan bunga-bunga tu dan letak dalam air...

''Wah, bukan main wangi lagi bau bunga2 ni''

''Barulah syok nak nyanyi''

Aku pun ape lagi, aku start la nyanyi sambil duk tabur bunga2 tu....

tengah aku nyanyi, tetibe rase seram sejuk...

''Ish, angin biasa je tu, pedulikan''

aku teruskan nyanyi sampai la abis...

bile aku habis je nyanyi, tetibe hari jadi mendung n bunyi guruh...

''Ai, x kan suara aku x sedap kot....''

''Ala, kebetulan je hari nak hujan....''

aku cuba nak sedapkan hati walaupun bulu roma meremang....

aku pun ape lagi cepat2 masuk dalam dorm...

mangkuk tu aku lupa aku campak kat mana...

Malam tu macam bese, after aku siap gosok gigi...

aku terus duk atas katil n siap2 nak tido...

bukan main nyenyak aku tido....

tetibe dalam pukul 2 pagi, aku terkejut dari tidur...

aku dengar orang nyanyi lagu ulik mayang...

nak kata radio, budak2 ni dah tutup sebelum tido tadi...

aku dah mula rase x sedap hati....

aku cuba tutup telinga n mata aku....

tetibe aku dengar lagu ulik mayang tu semakin kuat dan dekat...

aku pun ape lagi amik selimut dan tutup seluruh badan aku....

then, pastu aku cuba intai melalui kain selimut aku tu...

korang nak tau ape yg aku nampak...

ade tujuh orang berpakaian mcm puteri, rambut panjang tutup muka,kuku panjang...

duduk bersembah sekeliling katil aku sambil baca jampi mcm siam...

skali angin datang, jelas terpampang muka 7 puteri tu...

''ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM, APE BENDA NI HUDOHNYA''

aku cuba menjerit sekuat yg terdaya sambil menangis...

''TOLONG JANGAN KACAU AKU, AKU X DE HUTANG APE2 PUN DENGAN KO SUME''

''MAK, TOLONG ADIK, ADIK X NAK MATI MAK!!!!''


hanya ALLAH je tau perasaan aku macam tu....

aku cuba baca ayat kursi, tapi x sempat abis...

cz tetibe aku mcm hilang terketar2, tajwid lari entah ke mana...

lidah aku jadi kelu...

makin lama makin dekat 7 puteri mari dekat aku...

then, dia cakar badan n kaki aku guna kuku....

muka dia memang hudoh, aku x tau nak gambarkan mcm ape...

aku da x larat nak jerit,

mase tu aku bertawakal dalam hati...

''YA ALLAH, TOLONG HAMBA-MU INI DARI SEGALA IBLIS YANG DIREJAM''

aku dapat rasa seluruh badan aku dipenuhi darah...

pedihnya hanya ALLAH je yang tau...

lps tu tetibe aku dapat semangat semula...

aku takbir ''ALLAHUAKHBAR'' sebanyak tujuh kali...

ALHAMDULILLAH, berhasil..

nampaknya doa aku dimakbulkan ALLAH...

sume 7 puteri tu hilang sekelip mata...

aku dapat dengar suara dia orang menjerit dlm kesakitan...

lepas tu, aku duk termenung sambil menahan sakit kat badan aku...

aku x dapat tidur sampai pagi...

sedar2 badan aku disimbah air...

lepas tu, aku cepat2 peluk kawan2 aku...

kawan2 aku cakap...

dia orang terkejut tengok aku duk termenung mcm orang angau...

muka aku pucat n mata terbeliak...

n badan aku abis lebam2...

belakang badan aku, ade kesan cakaran...

dekat 2 minggu aku amik masa tuk hilangkan kesan lebam2 tu...

ustaz aku cakap, BENDA tu sebenarnya syaitan....

dan bila aku nyanyi lagu ulik mayang tu...

seolah2 aku buka jalan and seru dia masuk ke dunia kita...

ustaz aku cakap, sebenarnya 7 Puteri tu asalnya jin...

tapi bila kita duk puja dia, tu yg buat jadi khurafat...

n ade kemungkinan 7 Puteri tu dah x de....

so, Syaitan amik kesempatan ambil alih tempat 7 Puteri tu..

semata-mata nak sesatkan kita...

Astaghfirullah Hal Azim...

Aku da TAUBAT x nak buat lagi lepas kejadian tu...

sampai skunk aku masih ingat tragedi tu...

so, nasihat aku, percayalah cakap orang2 tua...

mesti ade hikmah disebalik larangan orang2 tu dulu...



[ CREDIT TO ORIGINAL POST, NOT MINE ]

February 9, 2011

KEJELITAAN ITU

Tengah sedap-sedap online, tetibe je terbuka pulak satu website ni. Then jumpa la pulak kata-kata ni. Macam best. Hayati....  :)



Kejelitaan itu.....
Adalah anugerah yang patut disyukuri..
Bukan dibanggakan...

Kejelitaan itu....
Apabila tiba waktu
Adalah daun yang luruh
Adalah buah yang jatuh
Adalah bunga yang layu
Adalah rumput yang lesu
Adalah kayu yang reput
Adalah laut yang surut
Adalah air yang keruh
Adalah kain yang lusuh
Adalah senja yang samar
Adalah bulan yang pudar

Demikianlah kejelitaan itu
Mengingatkan diriku dan dirimu
Betapa yang ada hari ini
Tidak kekal abadi

Kerana apabila tiba waktunya
kau..aku dan siapa saja
Akan hilang dan kembali ke asalnya...


[ WALAUPUN PENDEK, TAPI BEST, PADAT ]
p/s : copied, not originally created.

SERVER DOWN

 Hm, susah betul nak tidur malam ni. Entah kenapa la tiba-tiba rasa tak sedap hati. Addoi!! Nak post pun takde mood. Macam-macam dunia.

Why should all this happens at the wrong time ?????


[ MOOD : AWAY ]

February 1, 2011

GLAD

 Hm, selepas dah dua tiga hari hujan lebat non-stop di selatan tanah air, thank God hujan dah reda. Cuaca hari ni pun dah ceria. Sang suria mula menampakkan serinya. Maka dengan sendirinya baju-baju yang telah lama tersidai, kehujanan sejak beberapa hari yang lalu akan kering. Hehehe.



  
NI PULAK GAMBAR BANJIR DI KELUANG, JOHOR :
:: credit to Redzuan Ray
Jadi selepas hujan berhenti, air pun dah makin surut, banjir pun dah berkurangan, jadi baju pun harap-harap akan kering cepat-cepat sebelum hujan datang balik. :)

mintak-mintak cepat kering yer :)
 Bila bercakap tentang cuaca, sebenarnya apa jua sebarang cuaca yang kita hadapi, tidak sepatutnya digelar malapetaka ataupun bala. Segalanya kehendak Dia Yang Maha Kuasa, jadi Dia Maha Mengetahui segala apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Dia bagi hujan ada sebabnya, Dia bagi panas pun ada sebabnya. Hanya kita ni manusia yang tidak tahu apa-apa sedikit pun, jadi sabar saja dengan segala apa yang berlaku.

 Sang mentari memang sangat dinanti-nantikan sekarang ni, tambah-tambah kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan-kawasan yang terlibat. Memang banjir tak teruk, tapi tetap banjir jugak.


Thank God you sent us shiny day !!!!

Shiny day paints shiny smile on every faces !!!!


[ HUJAN, SORANG-SORANG, BORING, NASIB BAIK TAK GILA! ]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...