[ bersamaku ]

March 31, 2011

HIKMAHNYA

   Berpuasa bukan sahaja di bulan Ramadhan yang mulia, tetapi bila-bila masa saja, demi meningkatkan tahap ketakwaan kita kepada Dia Yang Maha Mencipta.

   Antara hikmahnya :



1. Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. Aliran yang sama digunakan syaitan. Maka bisikan syaitan menjadi lemah.
2. Puasa melemahkan nafsu, hasrat jahat dan keinginan berbuat maksiat. Ini membuatkan roh menjadi tidak ternoda dan kembali suci.
3. Puasa mengingatkan pelakunya perihal kewujudan saudara-saudaranya yang kelaparan, memerlukan bantuan dan yang fakir serta miskin. Kesedaran ini menyebabkan orang yang berpuasa mahu mengasihi, menyayangi dan menolong mereka.
4. Puasa juga adalah pendidikan jiwa, penyucian hati, pengendalian pandangan dan menjaga anggota tubuh daripada dosa.


5. Puasa juga adalah rahsia antara hamba dengan Tuhannya. Hal ini ditegaskan dalam hadis Qudsi. Allah berkata, "Setiap amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Puasa untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya."
6. Puasa adalah alat penyatuan kaum muslimin. Mereka berpuasa pada waktu yang sama dan berbuka puasa pada waktu yang sama. Mereka merasa lapar bersama dengan penuh persaudaraan. Penyatuan membuatkan mereka diliputi rasa cinta dan setiakawan.
7. Puasa adalah penghapus kesalahan dan kejahatan. Muslim merekodkan Rasulullah berkata "Dari Jumaat ke Jumaat yang lain, daripada umrah kepada umrah yang lain dan dari Ramadan ke Ramadan yang lain adalah penghapus dosa. Ini selagi dosa itu tidak termasuk dosa besat."
8. Puasa menyihatkan badan kerana ia mengosongkan perut daripada semua bahan yang merosakkan. Ia juga merehatkan pencernaan, membersihkan darah, menormalkan fungsi ginjal, hati dan jantung.
9. Apabila orang itu berpuasa, dirinya terasa kerdil di hadapan Allah, hatinya mudah tersentuh dan rasa tamak menipis. Nafsunya terkawal sehingga dengan demikian doanya dikabulkan kerana dekat dengan Allah.
10. Dalam puasa terdapat rahsia agung iaitu ketaatan menyembah Allah. Muslim patuh atas segala perintahNya, tunduk kepada agamaNya, meninggalkan hasrat makan, minum dan bersetubuh hanya demi mencari keredhaan Allah.

11. Puasa adalah kemenangan muslim mengalahkan hawa nafsunya. Ia kemenangan muslim ke atas dirinya dan ia bukti kesabaran. Orang yang tidak berpuasa tanpa sebab yang dibenarkan, ia tidak mampu mengendalikan dirinya dan tidak dapat mengalahkan hawa nafsunya.
12. Puasa adalah latihan luar biasa jiwa supaya ia berada dalam keadaan bersedia 100 peratus. Jiwa yang tersedia ini mampu menanggung beban hidup sehingga Ramadan juga digelar sekolah istimewa. Selain itu dengan puasa, kita bersedia dan agung seperti jihad, mendermakan harta di jalan Allah dan berkorban.
SUMBER


[ MOGA BERKEKALAN ]

March 25, 2011

CHENTA ITU APA?

   Ramai yang sudah sedia maklum, cinta itu sesuatu yang menyeronokkan, pada zahirnya. Cinta itu lahirnya semulajadi, lumrah bagi setiap manusia wujudnya cinta dalam hati masing-masing. Namun, cinta menuntut balasan yang perit andai tiada kawalan yang sepatutnya.

   Dan dalam laman berita Kosmo hari ini, seorang wanita terselamat dalam cubaan bunuh diri, gara-gara tertekan dengan cinta, tak pasti samada cinta tak berbalas, dicurangi, atau apa saja. Namun, keputusannya untuk membunuh diri sejurus cinta yang kecundang, bukanlah sesuatu yang baik. 


   Memang ia dilihat jalan mudah untuk melepaskan diri dari tekanan yang bertimpa-timpa. Tapi perlukah semua itu, memandangkan kita bakal menempuhi alam lain selepas kita mati kelak?
Fikirkan sejenak, andai kita 'berjaya' bunuh diri sekalipun, belum tentu di alam lain nanti, kita bakal terlepas dari segala balasan segala perbuatan kita, bukan?

   Fikirkanlah secara mendalam sebelum kita bertindak. Dalam kes ini, tambah-tambah lagi bila tertera di dalam MyKAD nya MELAYU dan ISLAM. Adakah agama kita mengajar bahawa membunuh diri adalah suatu jalan terbaik melepaskan diri dari masalah?

   Mengeluh panjang saat terbaca berita ini di dalam laman berita online. Bukan apa, kesiankan si pembunuh diri sudahlah satu hal, kemudian secara tidak langsung turut membazirkan masa para anggota bomba yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Banyak lagi urusan pihak bomba yang lebih penting.

   Cuba bayangkan, andainya pada waktu yang sama ada kejadian kebakaran di kawasan sekitar, yang mana sudah tentunya seribu kali lebih penting daripada kes bunuh diri ini, dan pihak bomba pula terpaksa berfikir bagaimana mahu menyelamatkan gadis yang tidak menghargai nyawa ini, bukankah itu membazirkan tenaga, masa yang berharga pihak bomba?

   Secara peribadinya, jikalau saya sebagai anggota bomba tersebut, saya rasa tidak perlulah saya bertungkus-lumus menyelamatkan orang yang tidak menyayangi dirinya sendiri. Yalah, buat apa kita nak bagi sesuatu kepada orang, jika orang itu sendiri membuangnya?

   Namun itu bukan satu pilihan bagi para anggota bomba yang ada sekarang, memandangkan banyak yang terpaksa dijaga. Jika dibiarkan kes-kes sebegitu, nanti dilabel pula bomba sebagai makan gaji buta, padahal dasarnya tidak ada tersenarai pun antara kerja-kerja bomba, "Menyelamatkan Orang Yang Mahu Membunuh Diri". 

Dunia....dunia....

   Antara lainnya, kemungkinan orang yang mahu membunuh diri ini ada masalah keluarga. Samada kurang perhatian, kurang kasih sayang dan sebagainya.

   Mana tidaknya, ibu bapa sekarang semuanya sibuk-sibuk, sampai tiada masa berharga bersama keluarga. Namun itu bukan satu alasan yang munasabah untuk kita bertindak sedemikian. Kita perlu fikir juga, andai ibu bapa tidak bekerja, mana datangnya sumber rezeki? Memanglah rezeki Tuhan yang bagi, tetapi kita perlu mencari.

  Makanya, apabila si individu yang ingin membunuh diri bertindak demikian, maka banyaklah perhatian diberi kepadanya. Tetapi harus diingat, walau apa sekali pun, bunuh diri bukan penyelasaiannya. Hidup hanya sekali, hargailah nyawa pemberian Tuhan. 

[ BIAR JE DIA TERJUN, BAZIR MASA TOLONG ]

March 24, 2011

HOKI SUPERNATURAL

Kejadian ini berlaku ketika perlawanan hoki Los Angeles Kings menentang Calgary Flames. Ianya dikatakan menentang logik hukum fizik. Saksikan..



March 16, 2011

JANGAN MACAM INI !

   Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia meon, sorang tu doga dan sorang lagi samat. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. 

   Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. 

   Si "meon" pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. 

   Tok imam pun suruh "meon" azan. Tanpa berlengah terus je "meon" azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada "meon"dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan "meon".

   Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi... 

   Masuk je kali ketiga, "Dogo" panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

   "Dogo" pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si "Dogo" ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat "Dogo". Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

   Tok imam pun mintak pulak si "samat" jadi imam. Si "samat" pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si "samat" niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si "samat" ni... Tapi dgn bongkaknye si "samat" berkata, 

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." 

mengucap panjang Tok imam....... nasib baik takde sakit jantung... sekian...:)

jangan main2 dalam solat ye.. solat tu tiang agama.. kalau rumah takde tiang canne la???? fikirkan...



[ JANGAN MAIN-MAIN ]

March 13, 2011

KU INGIN KAMU



demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku

tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa syurga dalam hatiku


kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani…


sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa

di setiap ruang gerak

tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku


selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu




[ DEDICATED TO MY LOVELY 'JUST GONE' CHARGER HUHU   :'(   ]

March 10, 2011

YOU 'PREKKK' ME AFTER A LONG TIME!

   Selepas beberapa lama bersama, akhirnya kau pergi jua meninggalkan diriku yang hina ini. Bukan ku pinta, tetapi ini yang berlaku, sudah suratan takdir. Aku telah mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan hubungan kita selama ini yang aman.

   Bukannya sebab kehadiran 'yang ketiga' mahupun yang lain, namun tetap, keputusanmu tidak dapat dijangka, sungguh aku terkesima. Kau pergi disaat aku sangat memerlukanmu. Disaat aku menginginkanmu.

   Oh Tuhan, andai ini suratan qada' dan qadarmu, aku pasrah. Ku akui bukannya sekejap untuk diubati, tetapi apakan daya, terpaksa ku tempuhi.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Time macam ni pulak nak rosak! :(


Sayang betol kenape la rosak....


[ CHARGER OH CHARGER    :'(      ]


March 6, 2011

KOLEKSI KEMALANGAN MEWAH

ANDA ADA BANYAK DUIT?
TERFIKIR NAK BELI KERETA MEWAH, KERETA SPORT, SEBAB KUAT DAN BERGAYA?
FIKIR SEMULA!

Di bawah ada beberapa koleksi kereta mewah ( konon kuat dan kebal ) kemalangan di jalanraya. So, takdela kebal sangat pun.      :)


























[ MEMBAZIR BETOL    (-_-")   ]

March 2, 2011

TATU-TATU MAGIKA

Dalam dunia sekarang ni macam-macam benda pelik yang orang buat, sama ada untuk menarik perhatian, kepuasan diri ataupun sebagai hobi. Bila sebut TATU atau TATTOO, tiada apa yang pelik tentangnya. Tapi yang jadi peliknya bila tatu tersebut diluahkan dengan cara atau sudut yang berbeza dari kebiasaan manusia. Ini semua menunjukkan kreativiti seseorang ( atau ada masalah mental :P ). Apa-apa pun, kita layan koleksi di bawah ........








































[ credit asal ]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...