[ bersamaku ]

March 25, 2011

CHENTA ITU APA?

   Ramai yang sudah sedia maklum, cinta itu sesuatu yang menyeronokkan, pada zahirnya. Cinta itu lahirnya semulajadi, lumrah bagi setiap manusia wujudnya cinta dalam hati masing-masing. Namun, cinta menuntut balasan yang perit andai tiada kawalan yang sepatutnya.

   Dan dalam laman berita Kosmo hari ini, seorang wanita terselamat dalam cubaan bunuh diri, gara-gara tertekan dengan cinta, tak pasti samada cinta tak berbalas, dicurangi, atau apa saja. Namun, keputusannya untuk membunuh diri sejurus cinta yang kecundang, bukanlah sesuatu yang baik. 


   Memang ia dilihat jalan mudah untuk melepaskan diri dari tekanan yang bertimpa-timpa. Tapi perlukah semua itu, memandangkan kita bakal menempuhi alam lain selepas kita mati kelak?
Fikirkan sejenak, andai kita 'berjaya' bunuh diri sekalipun, belum tentu di alam lain nanti, kita bakal terlepas dari segala balasan segala perbuatan kita, bukan?

   Fikirkanlah secara mendalam sebelum kita bertindak. Dalam kes ini, tambah-tambah lagi bila tertera di dalam MyKAD nya MELAYU dan ISLAM. Adakah agama kita mengajar bahawa membunuh diri adalah suatu jalan terbaik melepaskan diri dari masalah?

   Mengeluh panjang saat terbaca berita ini di dalam laman berita online. Bukan apa, kesiankan si pembunuh diri sudahlah satu hal, kemudian secara tidak langsung turut membazirkan masa para anggota bomba yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Banyak lagi urusan pihak bomba yang lebih penting.

   Cuba bayangkan, andainya pada waktu yang sama ada kejadian kebakaran di kawasan sekitar, yang mana sudah tentunya seribu kali lebih penting daripada kes bunuh diri ini, dan pihak bomba pula terpaksa berfikir bagaimana mahu menyelamatkan gadis yang tidak menghargai nyawa ini, bukankah itu membazirkan tenaga, masa yang berharga pihak bomba?

   Secara peribadinya, jikalau saya sebagai anggota bomba tersebut, saya rasa tidak perlulah saya bertungkus-lumus menyelamatkan orang yang tidak menyayangi dirinya sendiri. Yalah, buat apa kita nak bagi sesuatu kepada orang, jika orang itu sendiri membuangnya?

   Namun itu bukan satu pilihan bagi para anggota bomba yang ada sekarang, memandangkan banyak yang terpaksa dijaga. Jika dibiarkan kes-kes sebegitu, nanti dilabel pula bomba sebagai makan gaji buta, padahal dasarnya tidak ada tersenarai pun antara kerja-kerja bomba, "Menyelamatkan Orang Yang Mahu Membunuh Diri". 

Dunia....dunia....

   Antara lainnya, kemungkinan orang yang mahu membunuh diri ini ada masalah keluarga. Samada kurang perhatian, kurang kasih sayang dan sebagainya.

   Mana tidaknya, ibu bapa sekarang semuanya sibuk-sibuk, sampai tiada masa berharga bersama keluarga. Namun itu bukan satu alasan yang munasabah untuk kita bertindak sedemikian. Kita perlu fikir juga, andai ibu bapa tidak bekerja, mana datangnya sumber rezeki? Memanglah rezeki Tuhan yang bagi, tetapi kita perlu mencari.

  Makanya, apabila si individu yang ingin membunuh diri bertindak demikian, maka banyaklah perhatian diberi kepadanya. Tetapi harus diingat, walau apa sekali pun, bunuh diri bukan penyelasaiannya. Hidup hanya sekali, hargailah nyawa pemberian Tuhan. 

[ BIAR JE DIA TERJUN, BAZIR MASA TOLONG ]

0 24 shoutz!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...