[ bersamaku ]

April 9, 2011

SERAM KOLEJ N***

Kejadian Misteri & Histeria Di Kolej N**** Kuala Pilah

kisah dari kawan dari kawan dari kawan aku..bepa bnyak daa kawan...

Lama sebenarnya aku nak buka cerita pasal apa yang berlaku di sebalik kejadian histeria yang berlaku di Kolej N**** Kuala Pilah pada penghujung sekitar tahun 1999 dulu, kebanyakkan student kolej ni pun x tahu apakah punca dan sebab-musabab yang menyebabkan ianya berlaku...rahsia ini disimpan rapat oleh student2 hostel lelaki, sehinggakan ianya langsung x dapat dihidu oleh student perempuan walau secuit pun pada masa tu...

Suasana kolej pada masa sebelum kejadian boleh dikatakan tenteram dan aman, hubungan antara student2 pon baik sebab rata2nya penghuni hostel adalah dikalangan student junior...tapi bila kes histeria ini menyerang, ketenteraman student seperti diragut apabila kes histeria ini menyerang hampir setiap hari dan masa tanpa mengira siang maupun malam...lebih mengemparkan lagi bila kes ini seperti wabak berjangkit dan akibatnya lebih 10 orang pelajar yang mengalaminya...

Bukan setakat student perempuan sahaja, malah kejadian student lelaki mengalami histeria juga berlaku...akibatnya suasana kolej berubah dari sebuah tempat menimba ilmu kelihatan seperti sebuah tempat pemujaan, mana x nya hari2 ada saja bomoh yang datang untuk mencuba nasib mengubati kolej ni...pelbagai cara dan kaedah yang digunakan, tapi kes ini tetap berlaku dan menggangu student untuk belajar...

Berbalik pada cerita awal, kes histeria ini sebenarnya terjadi 2 hari selepas sekumpulan student lelaki yang bermain permainan papan owija di dalam bilik hostel...aku memang yakin inilah punca sebenar-benarnya, walaupun ianya kedengaran karut, x logik dan x masuk akal...tapi inilah hakikatnya, ceritanya bermula bila aku terjaga sekitar jam 1.00am 2 hari sebelum kejadian isteria menyerang...

Selepas penat bermesyuarat mengenai corak persembahan dan proses pemilihan lagu nasyid yang bakal kami sertai...aku terjaga sebab terlupa nak pakai ubat jerawat (oxy), maklumlah masa zaman muda belia dulu jerawat sebijik pon dah jadi kecoh, huhu...masa aku buka locker tu aku dengar suara orang gelak2 kat dorm sebelah, tengok2 katil 2 orang member sebelahaku pun kosong...ha ni mesti kes lepak kat sebelah, terus aku gi menyibuk kat dorm sebelah nak tau apa benda best yang diorang buat pagi2 buta tu...aku ketuk pintu dan terus masuk, masuk2 je aku terkejut bila tengok diorang ramai2 bergelap sambil pasang sebatang lilin...

Aku apa lagi begurau la cakap korang tengah ambik dadah ke, huhu sesaja bergurau...pastu diorang cakap a'ah, bukan je dadah tapi darah sekali kitorang ambik ni...baru la aku tau diorang sedang leka bermainan permainan owija (permainan spirit2 tu), 6 orang kesemuanya dan untuk tambahkan thrill dan kemistikkan lagi diorang bermain di bawah tingkap hostel...diorang ulang mentera berkali2 tapi x de gak kesan, sebab dah mula bosan diorang pun buat lawak2 dengan gerakan syiling tu sendiri, hehe...

Aku pun cakap la camne benda tu nak datang kalau korang tutup tingkap, cuba korang buka semua tingkap senang la dia nak bertengek kat tingkap tu...aku sesaja melawak, x sangka sorang budak tu betul2 buka semua tingkap...rimas plak aku sebab bising, kolej depan jalan biasalah banyak kereta lalu sebab inilah jalan utama dari Kuala Pilah ke Tampin dan Melaka walaupun awal pagi...diorang sambung game tadi, hampeh lebih 10 kali seru x de gak...aku cakap korang ni betul2 ke nak panggil, kang dia datang x pasal2 korang plak yang lari...semua gelak je, aku pun dah bosan rasa nak sambung tido balik...

Tengok sebahagian dari kitorang dah bosan, tiba2 salah sorang budak dorm tu dengan selambanya menghiris jari dan menitikkan darah pada syiling tu...aku terkejut sebab aku x perasaan bila masa plak dia hiris jari, aku hanya tau bila tiba2 nampak dia titiskan darah jari hantu dia ke syiling 50sen tu...2 orang surrender sebab x berani nak teruskan dan maybe dah bosan kot, so tinggal la diorang 4 orang aje yang nak teruskan game tu...

Aku dan 2 orang budak yg surrender tu sekadar jadi pemerhati aje, nak nengok dan pastikan betul ke x boleh panggil roh2 ni semua, hehe...mula2 diorang seru la berkali2 dan mengharapkan duit syiling tu bergerak sendiri tapi dengan syarat jari telunjuk kena melekat kat syiling tu, apa mentera aku pun dah lupa tapi memang ada sesuatu yang diorang sebut...oleh sebab yang baca mentera tu student dari pantai timur, jadi bunyi mentera tu dalam loghat kelantan la, hehe...

Seru berkali2 tapi x gerak2 pon, tapi ntah kali ke-7 kot nampak syiling tu seperti beranjak sedikit tapi diorang gelak2 kononnya ada yang gi gerakkan dan tolak syiling tu...akhirnya seru kali ke-8, tiba2 syiling tu bergerak dengan laju dan berpusing2 dalam bentuk bulatan...aku hanya gelak sebab aku ingatkan diorang hanya bergurau sebab sebelum tu diorang gak pecah perut sebab tuduh seorang member tu gerakkan, tapi aku tekedu bila semuanya senyap aje dan aku terperasan hanya kitorang pemerhati ni aje yang gelak sakan...sebaliknya kawan2 aku yang duk main game ni muka terkejut beruk...




Kitorang berhenti gelak tengok syiling tu berputar dengan laju, sehinggakan seorang demi seorang melepaskan jari dari syiling tu...last sekali tinggal lah member yang titikkan darah tadi tu, berkali2 aku tengok dia cuba untuk tarik jarinya tapi jarinya seakan melekat...kitorang pun pakat tarik dia beramai2 dah alhamdulillah dia berjaya lepaskan, tapi yang mengejutkan bila tengok syiling tu masih berpusing sendiri dah akhirnya berhenti...

Tiba2 angin dari tingkap menggila dan menghempas pintu locker dengan kuat berkali2, sehinggakan lilin atas gelas tu, syiling dan papan owija terpelanting...yang herannya angin tu hanya mengempas pintu locker sebelah kanan area yang diorang main permainan tu, sedangkan tingkap sebelah kiri pun terbuka luas tapi langsung x de angin sebab perasan pintu locker di sebelah kiri langsung x bergoyang...semua beredar sebab terasa ada sesuatu yang pelik berlaku, sebagai langkah keselamatan diorang pasang lampu dorm pagi tu...

Aku plak beredar balik ke dorm aku disebelah dengan 2 orang rakanku, rasanya susah betul aku nak tidur pagi tu sebab aku dah pikir yang bukan2 pasal syiling dan angin tadi tu...tiba2 member sebelah katil aku tegur dan cakap kat aku jangan cerita kat sapa2, apa2 hal nanti kita yang melingkup sama walaupun x terlibat...tapi kira bersubahat katanya, huhu...

Dua hari kemudian, waktu tu adalah minggu pertandingan nasyid di antara cawangan2 Kolej N****...aku salah sorang yang dipilih jadi ahli kumpulan wakil dari cawangan Kuala Pilah, lebih 2 hari kitorang berlatih tapi susah betul nak hafal maklumlah lagu2 yang dipilih salah satunya aku x pernah dengar...lagi pun kumpulan nasyid ni baru ditubuhkan x sampai 3 hari, kira macam masuk bertanding ni setakat suka2 bukan nak menang pun...

Malam tu semua ahli nasyid diwajibkan tidur awal, sebab esok selepas solat subuh sebelum berangkat ke Kolej N**** Matrikulasi Bukit Chedang akan ada latihan terakhir...sebab aku tidur awal sangat sekitar jam 9.30pm, jadi aku terbangun awal sekitar jam 4am mungkin terlebih tidur kot...adalah masa aku nak hafal lirik lagu tu sebelum latihan nanti...baru aje aku bergerak bangun dari katil untuk buka locker, aku ternampak bayang2 gelap besar tengah mencangkung di tepi tingkap tapi membelakangi aku...

Dengan ketakutan yang terlampau, ditambah lagi dengan degupan jantung aku yang macam nak meletup...apa lagi terus aku memecut ke arah suis lampu yang jaraknya hanya 3 meter dari locker aku, tapi kaki aku tersadung sebab karpet dalam dorm aku tu x rata...aku tegolek jatuh telentang dan cuba menjerit tapi terasa pelik sebab suara aku sepertinya tersangkut di kerongkong, masa terjatuh tu muka aku tepat memandang ke arah tingkap dan sekali lagi aku memang yakin terlihat kelibat bayang2 hitam berbulu...nampak jelas sebab disimbahi cahaya bulan dan juga lampu jalan, masa tu 2 orang kawan dorm aku terjaga dan diorang hanya gelakkan aku sebab jatuh tergolek…

Diorang pon terus hidupkan lampu, jadi aku cerita la kat diorang apa yang aku nampak tadi...dengan yakin aku tegaskan aku nampak benda berbulu hitam berbadan besar seperti beruang sedang mencangkung di tepi tingkap...masa aku bercerita kat 2 orang member tu x de la kuat sangat, perlahan ala2 berbisik kat diorang...tapi yang peliknya hampir 8 orang budak dorm aku tiba2 mengelilingi aku, tiba2 menyampuk bertanya itu ini aku pon x tau bila plak diorang ada...misteri gak ni kan, hehe...

Tapi mungkin sebab diorang dengar aku jatuh tegolak tadi, mungkin juga sebab diorang terkejut sebab dengar 2 orang member aku tengah sakan gelakkan aku...mungkin juga sebab lampu yang dipasang, x pun sebab diorang pun dah puas tidur sebab malam tadi semua duk pakat2 tidur awal...diorang suruh aku jangan heboh2 pasal benda ni, dan kitorang semua sepakat lepas ni kitorang akan pasang 1 lampu kalau nak tidur...

Dalam aku sibuk cerita pasal kes aku tadi, diorang pun sibuk juga nak buka cerita diorang gak...barulah terkeluar cerita dari mulut budak2 ni terutama yang tidur di bahagian katil atas, hostel aku setiap dorm ada 16 orang orang dan setiap katil adalah jenis 2 tingkat...dari cerita budak2 tu, diorang terasa semacam ada angin berpusing2 sekitar dorm tapi diorang x ambik port sebab ingatkan ianya hanya angin dari kipas...

Angin tu pelik sebab bukan setakat berlegar2 tapi sebaliknya mengeluarkan bunyi, logiknya x kanlah angin di dalam bilik sekuat tu sehinggakan mengeluarkan bunyi yang biasanya kita dengar masa nak ribut tu... cerita ni bukan seorang dua yang sahkan, tapi hampir kesemua student dorm di katil atas mengalami kes yang serupa sejak 2 hari kebelakangan tu...mungkinkah ada kaitan dengan papan owija semalam tu, aku diamkan aje sebab risau kalau aku buka mulut takut ada mata2 (barua, hehe) yang merepot nanti...

Tapi ntah macam mana masa perjalanan pergi ke pertandingan pagi tu encik Nazri, pensyarah, imam dan merangkap HEP kolej tanya aku betul ke x apa yang dia dengar pasal kejadian pagi tadi...aduh serba salah aku nak jawab, x kan aku nak menipu dia plak kan so aku senyum je la x mengia dan menidakkan...so dia cakap kat aku jangan cerita kat sapa2 sebab benda macam ni memang biasa terjadi, tapi aku memang hairan sapa la yang gi cerita kat dia...pagi tadi kononnya dah berjanji x kan cerita kat sapa2 dah, mulut tempayan betul la...

Rupa2nya ada sorang mamat bukan ahli dorm aku yang gi jaja cerita ni kat semua budak2 perempuan masa breakfast sebelum bertolak, macam mana dia tau tu di luar pengetahuan aku...tapi yang pasti mesti HEP tau benda ni dari dia kan, bila aku tanya dia ke yang cerita dengan HEP dan budak2 lain tapi dia menafikan...jawapan standard nak cover diri seperti "mana ada aku cerita" dan "aku pun baru tau ni", bosannn...

Tension ada member mulut cam pompuan ni, sampai di Bukit Chedang budak pompuan pakat2 tanya aku pasal kes tu, aku mengelak la dari menjawab dan kata x ada menda pon...sampai ada budak2 tu yang boikot aku sebab x nak cerita, lantaklah yang penting aku dah tunaikan janji aku...selepas tamat pertandingan di Bukit Chedang tu, petang tu kitorang pon balik naik bas rombongan yang disediakan...

Seronok gak sebab kumpulan nasyid kami dari Kuala Pilah memenangi tempat ke-2 untuk kategori lelaki, kategori perempuan plak aku x ingat rasa2nya kalah dengan pukulan K.O kot, hehe...kira mengejutkan gak la dengan preperation kitorang yg ala kadar dan tangkap muat, ditambah lagi dengan baju melayu kitorang yang x seragam dan berwarna warni dah macam kelab badut sarkis plak, huhu...tapi semua tu x mustahil disebabkan adanya selingan suara emas aku, haha...

Sampai di kawasan Bukit Putus, tiba2 seorang student perempuan kelas aku tiba2 pengsan...apa lagi bas pon berhenti la x lama kemudian di kawasan rehat Ulu Bendul tu, semua menyangkakan dia pengsan sebab x cukup makan la, x cukup rehat la dan x kurang gak yang kata x cukup tido sebab terlalu cosentrate dengan pertandingan nasyid ni...dalam sibuk diorang renjis2 air kat muka dia dia dalam bas tu, tiba2 budak pempuan asal dari borneo tu menjerit dan meraung sekuat2nya...

Semua student lelaki dah turun dari bas tu sebab semua sibuk nak beli buah potong kat gerai buah-buhan tu, semua duk pakat turun sebab kononnya x nak campur hal pompuan, hehe...bila dengar orang menjerit tu, kitorang yang jarak 10 meter dari bas pun terkedu...tiba2 member aku cakap laki bini mana plak yang bergaduh kat hutan ni, waktu tu dia x perasan lagi yang sebenarnya yang menjerit terlolong tu rakan perempuan kitorang dari dalam bas tu...dengar ayat lawak dia tu kitorang pun pakat gelak la ramai2, kang x gelak kecik hati plak, huhu...

Disebabkan jeritan dan lolongannya macam suara seorang lelaki, maka kitorang x jangka dan sangka ianya datang dari dalam bas tu sebab kesemuanya perempuan...tiba2 pensyarah perempuan panggil HEP yang duk melepak sekali dengan kitorang, pensyarah tu kata budak tu kena histeria...semua panik, sebab mungkin kebanyakan dari kami inilah pertama kali mengalaminya kecuali yang biasa duduk kat asrama...

Kami student lelaki diarah masuk ke dalam bas untuk membaca ayat kursi pada budak tu secara beramai2, disebabkan dah nak maghrib dan senja maka perjalanan kami perlu diteruskan juga sebab pakcik bas tu kenea berulang ke Seremban...sepanjang perjalanan tu jugaklah kitorang membaca ayat kursi dan ayat 3 kul berulang2 kali, sesekali aku jenguk gak nengok muka budak tu sebab terkejut budak yang lemah lembut dan alim tu boleh terpekik terlolong seteruk tu...

Hampir 30 minit sepertinya ada perubahan bila tiba2 dia berhenti dari melolong, ingatkan sampai je di hostel semua selesai tapi rupa2nya dia hanya mendiamkan diri sekejap...di hostel perempuan, dari seorang akhirnya histeria tu berjangkit...kali ni menjangkit kat best friend dia plak yang x join karnival nasyid tu, seorang student beragama Kristian...tapi kali ni lebih teruk sebab bila sahaja diorang kena histeria diorang akan bercakaran sesama sendiri...

Lebih menakutkan lagi kononnya seorang mewakili hantu lelaki dan seorang mewakili hantu perempuan (padahal kedua2nya perempuan), diorang bercakaran seperti sepasang kekasih yang sedang bergaduh...sebagai langkah awal, diorang berdua diasingkan sebab pantang berjumpa...dan yang peliknya kes histeria x kan berlaku bila diorang dipisahkan, dan histeria hanya berlaku bila mereka bertembung...tapi ada gak kes dia salah seorang tiba2 mengamuk dan berlari untuk mendapatkan salah seorangnya...

Tapi disebabkan diorang sama kelas dan berkawan rapat serta datang dari negeri yang sama, diorang x tau pun diorang bergaduh masa dalam histeria tu walaupun kitorang cuba yakinkan diorang berkali2...paksa diorang jangan berjumpa dan salah sorang jangan pergi ke kelas waktu seorang ada, maksudnya pergi kelas berselang-seli la...tapi takat mana pun perancangan, mesti terkantoi gak...sebab dalam sehari sekurang2nya sekali mesti diorang bertembung gak, kadang2 diorang x bertentang mata pun tiba2 kedua2nya menjerit secara serentak di lokasi berlainan...

Tapi yang aku x boleh lupa, dalam sibuk kitorang belajar di dalam bilik kuliah...tiba2 kawan perempuan aku yang dirasuk hantu perempuan ni (budak non muslim) gelak2 dan menyeringai, semua duk jeling2 je kat sebab seram dan waktu tu budak2 perempuan pun dah ready la kalau apa2 yang berlaku...tiba2 aku dengar kat luar pintu kuliah member yang sorang lagi (budak muslim) dah mengamuk sebab nak masuk ke bilik kuliah yang berkunci, x lama lepas tu yang duk menyeringai ni pun mengamuk dan habis semua kerusi2 terpelanting ditendangnya...

Ngeri betul masa tu, x lama lepas tu yang si hantu perempuan ni pun melompat ke arah pintu kuliah dan seperti membenarkan pakwenya masuk...berkali2 budak2 perempuan cuba halang dari dia lari membuka pintu berkunci tu, tapi akhirnya dia berjaya gak buka...kami budak lelaki x dibenarkan menolong, sebab teringat pesan pensyarah yang jangan sesekali menyentuh pelajar perempuan yang diserang histeria ni...dah masuk apa lagi bercakaran la diorang berdua, maki-makian dan sumpah seranah pun keluar dari mulut selain diorang berkuntaw, hehe...

Dalam 2 minggu tu sahaja, dari 2 orang akhirnya ia merebak ke 10 orang kesemuanya...peliknya bila diserang histeria diorang akan bergaduh sesama sendiri, bukan sahaja student perempuan malah ada jugak student lelaki yang diserang histeria ni..bukan sahaja orang Islam, malah student2 Kristian pun kene tempiasnya...dari situlah bermulalah episod Kolej N**** Kuala Pilah bukan lagi sebagai pusat menimba ilmu tapi sebaliknya seperti rumah hantu dan pemujaan yang dipenuhi dengan garam dan kemenyan...

Selain itu silih berganti pengamal perubatan tradisional, bomoh dan pawang datang ke sini...dari yang berkopiah, bersongkok, bertopi, botak sampailah yang berpakaian sut kemas semuanya pernah mencuba nasib dan kebolehan memulihkan kolej ni...bahkan juga wakil2 dari pertubuhan agama, pusat dakwah, dari indonesia, siam dan ada juga yang datang siap bawak sijil2 nak buktikan kebolehan mereka, tapi sayangnya semuanya gagal dan menemui jalan buntu...

Walaupun mereka semua ni x berjaya menyembuhkan kolej tu, tapi semuanya memberikan keterengan yang serupa iaitu kolej tu sekarang diganggu oleh mahkluk berbulu lebat tinggi dan hitam seperti seekor gorila kononnya...dan aku sangat2 pasti itulah benda yang aku nampak di awal pagi sebelum kejadian ini berlaku, dan aku juga percaya ianya datang akibat diseru dari game papan owija yang aku ingat karut selama ini...

Sepanjang kejadian, kitorang yang duduk di hostel x pernah tenteram...macam2 saja yang berlaku terutamanya di area tandas, pernah diklimiks gangguan kejadian lampu di bilik air terpasang sendirinya sebelum air shower mencurah2...bilik air tu ada 5 bilik kesemuanya dan semua showernya terbuka dengan sendiri, selepas melaporkannya kepada warden maka warden pun menutup punca air utama...tapi hairannya air tersebut tetap mencurah keluar, x tau dari mana sumber airtu...

Selain tu kes bantal disusun di depan bilik hostel juga sudah jadi kebiasaan, bantal tu sebenarnya dari dorm atas yang kosong dan berkunci...sampai sekarang aku masih tertanya2 macam mana dan siapa yang meletakkan bantal tu bertingkat2 di depan dorm aku...warden pun pening sebab dia saja yang ada kunci dorm tingkat paling atas, kerjanya hari2 angkut bantal2 tu bawak balik letak kat tingkat atas...

Sehinggalah pada bulan oktober 1999, seorang pakcik bawa teksi di pekan Kuala Pilah tu yang berjaya memulihkannya...tapi sayangnya, hanya bertahan x sampai 2 tahun...tahun 2001, sekali lagi kolej ni parah dengan kes histeria yang x habis sampai ke sudah...kes kali ni menyerang orang yang sama yang berada di semester akhir dan juga akhirnya merebak ke studnt2 junior...aku dengar kes tu kembali terjadi selepas pakcik yang bawa teksi tu meninggal dunia, kiranya benda tu kembali mengganas la selepas pakcik tu dah x de...

Sampailah september 2001 bila semua student kolej diarah berpindah ke Seremban 2, sebab akan ada berlakunya pengabungan dari semua 5 cawangan Kolej N**** yang ada...semasa nak pindah tu pun kes2 histeria tengah mengila, sehinggakan kononnya punca utama Kolej N**** Kuala Pilah ditutup disebabkan oleh kes2 misteri ini yang telah menyebabkan pihak kolej kerugian...bukan saja dari perbelanjaan kos penyembuhan tetapi juga akibat ramai pelajar yang mengugut untuk berhenti dari kolej tu...

Last tahun 2005 aku ada pergi ke pekan Kuala Pilah, sesaja jalan2 sambil mengimbau kembali kenangan zaman lampau di sana...sambil2 tu aku buat MyKad kebetulan orang x ramai, sempat juga aku menjenguk sekejap kolej tu yang berada bersebelahan jabatan pendaftaran dan tabung haji tu...kesian kolej tu dah uzur, pokok pon dah meliar tumbuh merata...pada siapa2 yang nak pergi Kuala Pilah boleh la tolong risikkan apa dah jadi dengan kolej kesayangan aku tu dulu, masih nazak lagi ke dah diubah suai dijadikan bangunan office...
Tamat.

spt yng diceritakan oleh tukang cerita asal iaitu Prince Brunei..

[ AGAK ]

0 24 shoutz!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...