[ bersamaku ]

May 9, 2011

RAP UNTUK IBU

Hari Ibu datang lagi. Anda dah wish hari ibu kat mak, mama, ibu, ummi, mommy  anda?? Kalau dah, baguslah, kalau belum, cepat-cepat wish. Bak kata pepatah, "KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA". So, anda semua takkanlah tak mahu rebut tiket ke syurga??

So, cemana cara anda wish kat ibu anda? SMS? Call? Bagi kad? Keluar makan-makan? Pergi jalan-jalan makan angin?

Itu semua cara yang biasa.

So here's the video, dimana dua beradik comel ini buat seprais Hari Ibu kat ibu deorang. Sydney, 4 tahun, dan adiknya Lily, 2 tahun, menyanyikan lagu rap yang mengisahkan tentang pengorbanan ibu mereka. Dua beradik cumel ni dibantu bapa mereka, Mark untuk menghafal lirik lagu, dan hasilnya, BOOM!! Video rap yang sangat kiut!!
Sangat kiyut lor si adiknya rap!

Layan...
(Happy Mother's Day lady!)







Budak-budak ni dah ada pun channel sendiri kat youtube, and subscribed by more than thousands! WOOT????

So anyone dare to beat 'em???



[ INGAT MATLUTHFI JER BULEH DEDICATE LAGU IBU?????!!! HURH! :)  ]

May 8, 2011

TAK SANGKA!

OK HERE'S THE DEAL.
BEFORE PROCEED WITH THIS STORY, JUST CLICK VIDEO BELOW TO PLAY SONG WHILE YOU READING.
THEN FEEL IT.
LAYANNNN....
:)






 Tadi ko buzz aku kat YM. aku malas betol nak layan. aku tau ko just nak menhanjeng aku pasal aku kantoi tak mandi pi kelas pagi tadi. dan ko buzz lagik, dan ko buzz lagik. dan......... okeyh aku buzz balik. ko teros taip, "HOI BUSUK!" dan kita teros berbalah-balah, mengutuk satu sama lain...... sampai ke pagi... hey, ko tau aku sebenarnya tengah gadoh dengan BF aku, tapi dengan gadoh-gadoh dengan ko kat YM aku teros lupa rasa sedih aku...

Macam biasa, pukul 11 time aku online. Aku online ym, dan...... ko buzz lagik. aku macam seronok jek bergadoh manja-manja dengan ko semalam, maka hari nih aku pon teros layan dan layan dan layan.... sampai lebammm!

Masuk hari ketiga, kita bukan sekadar bergadoh malah start share problem each other. mesti laa kau start dulu, sebab aku kan tengah dingin dengan bf aku. aku cerita lah pasal hubungan kiteorang, pasal bergadoh, pasal memujuk.... ko dengar jek, dengan ikhlas hati. sampai pukul 5am ko layan dengar citer aku.

Hari keempat pulak, turn ko cerita semua. ko cakap ko malas kapel sebab ko ada sejarah hitam. aku paksa-paksa, ko pon cerita ex ko dulu curang dengan ko! dah laa dia curang dengan kawan baik ko. so, ko rasa malas nak cayer pompuan dahh. ko cerita jugak pasal some of girls who our classmate yang suka kacau-kacau ko. ko cakap, ko bukan tak suka tapi ko belom bersedia...

Day-by-day kita dah jadik macam rutin sembang-sembang kat YM. kat kelas kadang-kadang jek kita bertegur sebab kita hanya sama satu kelas. ko pon busy aku pon busy dengan hal aku. kadang-kadang kalo aku atau ko tak online, mesti rasa incomplete gilaa.

Satu hari, aku dapat tau bf aku ada orang lain. Miza nama skandal dia.. halaaa, Miza yang hot tuh. yang ko penah citer pasal dia dulu. Miza memang hot, cantik, kulit halus, bergaya, pandai, confident tinggi, etc2. pendek kata miza perfect lah. nak comparekan dengan aku, memang jauh laa bezanya.lama jugak aku bersedih. masa tuh aku tak online. aku menangis. ada dalam seminggu aku macam tuhh. rasa rendah diri beb! lagik pulak, dah laa bf aku cakap sendiri kat aku, dia sayang Miza lebih dari dia sayang aku! sedih kan?

Weekend tuh aku online. aku remove bf aku dari fesbuk. dan jugak Miza. okk status dorang in relationship okk! ohh memang bf aku hot, baru seminggu clash dah in relationship. WT............

Aku on ym. wahhh, ada banyak message dari ko. tiap-tiap hari ko bagi aku semangat! mana ko tau aku bersedih? terharu you.... tapi no wonder la kan, department kita bukan besar mana. mesti ada orang sok sek punyaa. malunyer aku! mesti semorang tau aku loser... demmm!

5 minit termenung depan skrin, ko buzz. aku tengok jekk. aku rasa malu. malu dengan semorang. tetambah dengan ko. konon-konon citer aku bercinta macam nak gilaa, tetiba......... hermmm.

Ko keep on buzz ym aku, sebab aku tau ko nampak aku online kan? tetiba ko cakap, "dina, baik ko buzz aku balik. kalo tak aku kol ko sekarang!" 
Halamakkk, aku tengah nangis nih mana boleh kasik dia kol. aku teros buzz cepat-cepat...

Ok habes semua aku citer kat ko. dari A-Z. petang tuh jugak ko bawak aku jalan-jalan kat KLCC. dengan mata bengkak aku, ko try bagi aku gelak! macam-macam lawak ko buat. seryes, i'm tacing beb! tapi...... aku ingat kata-kata ko, ko tak nak berkapel, maka tak boleh laa aku nak ada perasaan lebih-lebih kat ko.

Semua maintain macam ni jek. kita still kawan. ko selalu bagi semangat kat aku. bila kita free kita hang out sama-sama. sampai laaa masa kita grad, tak der apa-apa yang berubah. ko dengan aku still kawan.....


*******************************************

Aku kena posting kat johor, ko pulak sabah. still ym dengan fesbuk penghubung kita. oh yea, aku benci pegang handphone, maka kita memang jarang berhubung melalui telephone.

Ko selalu tanya aku, "Ada bf baru belom?" aku jawab.... "Nanti dulu serik lagik!" aku malas tanya ko sebab ko memang akan jawab, "Nak teros kahwen jek!"  
ok, fine!

Selama tiga tahun, kita tak jumpa. ye laa, hometown ko pahang, aku perak! kalo balik sekali-sekala mesti banyak hal dengan keluarga nak uruskan. memang berhubung dengan cara itu, ym dan fesbuk....

*********************************************************

Hari ni 3 Syawal. aku tak online dah tiga hari sebab sibuk dengan tetamu, dan kawan-kawan yang berkunjung. tetiba ko text aku, "Aku nak ke perak dengan keluarga, ada hal..." 
"Sempat singgah la rumah.." 
Ko balas, "Meh address, full address, kalo sempat aku singgah!". Sampai malam aku tunggu, nan adooooooo! so, aku tak harap apa-apa laa kan. ko pon cakap KALAU SEMPAT.

4 Syawal. Wedding kawan aku kat ipoh. aku bangun awal pagi sebab aku janji dengan yang lain nak bertolak dalam pukul 11 pagi. tapi hati aku berdebar-debar. ohhh, nak tengok kawan kawen kot sebab tuh berdebar.... pukul 11 pagi aku pergi... sampai ke malam jugak laa baru balik rumah. biasa la kan lama tak jumpa kengkawan sekolah...

Balik rumah malam tuh, ibu, ayah dengan keluarga-keluarga lain tengah duduk kat ruang tamu. aku masuks emua mata pandang aku. aku mula cuakk. aik, takkan sebab aku balik lambat kena marah? aku kan dah besar..... ker baju aku over sangat? lipstik comot? eh, eh kenapa nih??

Ibu panggil duduk sebelah ibu. seryes aku cuakk!

ibu: dina, ibu ada benda nak cakap nihhh........ (muka ibu senyum-senyum. tenang jek..)
aku: kenapa ibu? maaflah dina balik lambat, jumpa kawan-kawan seronok bersembang. dina janji dina takkan buat lagikk. (aku gelabah!)

semua tergelakk. kakak aku, abang ipar aku, adik-adik aku. hermmmm....

ibu: bukan tu laa dina. itu ibu paham. lagi pon dina dah besar, ibu tau dina pandai jaga diri...
aku: habes tuh ibu??
ibu: ibu dah terima pinangan seorang tadi untuk dina. dina pon dah lanjut usia, ibu nak anak ibu kahwin, ada keluargaa...
aku: hah? siapa ibu orangnya? ibu...... dina tak nak kawen lagik. dina belom jumpa suami yang baik buat dina lagikk. ibu... please....
ayah: tapi kami dah terima. budak nih cakap dia dah kenal dina 7 tahun dah. takper laa, esok dorang datang lagik nak dengar kata putus dari mulut dina, dina pikir yeaa...
aku: tapi dina berhak untuk tolak kan kalo dina rasa tak sesuai?
ayah: yea dina ada hak. tapi........ dina dah 27. karang lambat-lambat takder saper nak dina..


Aku teros naik atas. ohh patot laa aku berdebar-debar. tapi....... siapa ek yang dah kenal aku selama 7 tahun? tah-tah ex aku? ohhhh NO! aku takkan terima diaa.......

Aku teros on lappy. bukak ym. tunggu ko online. hermm, takder pulakk! mesti sebuk beraya nih. aku nak message ko citer apa yang terjadi, tapi........... ko mesti sebuk kot kan? hermmmm. so aku teros jek taip aper aku nak cakap.. nanti ko online mesti ko bacaa.. lepas taip-taip teros aku tertidor, penat berjalan seharian kot.

Pagi-pagi lagi dah terbau sedap dari dapur. aku mandi, solat dan turun bawah...

"Eh along banyak gila ko masak. saper nak datang?"
"Kawan aku nak datang kang.. meh-meh tolong aku!"

Pukul 9 pagi, makanan semua dah terhidang atas meja. ibu suruh aku tukar baju kurung. aku tak nak sebab aku nak tunjuk muka sememeh aku depan rombongan meminang tu karangg. haaa, baru dia tau betapa hodohnya aku... konpem teros rejek nak kawen dengan aku..

9.30 pagi rombongan pon sampai. ayah aku punyaa nak tunjuk baik, jempot dari depan pagar rumah. sebelum mak aku bangun bersalam mak aku bisik kat aku, 
"Dina pikir baik-baik. untok masa depan ko jugakk!'' teros ibu bangun dan ke muka pintu.

Kakak aku tarik aku ke ruang tamu untuk salam-salam. aku pon bangun. seryes selekeh. aku pakai tshirt labuh kaler hitam, dengan seluar tidor. tudung indon kaler pink. biarkan ko kecewa wahai orang yang pepandai nak masuk meminang. hahaha!

Sampai ruang tamu, aku terkedu.. aik, aik asal mamat nih ada sekali? aku salam semua pompuan-pompuan yang ada kat situ teros aku duduk sebelah ko. 
"Amir, ko datang salah time laa. sekarang tetamu ayah aku tengah ramai. jom pergi dapur, kita makan-makan! kesian ko datang dari jauh.."

Semua orang pandang aku... tetiba ayan aku bersuara....

"Aik, kata tak nak terima, tuh dah ajak pi dapur makan-makan ape cer?

aku? haaaa?

"Amir ko dah gilaa? ko jangan main-main amir. ko kenal aku macam mana kan? nih bukan hal kecik-kecik amir. ini seryes!"

amir: pasal aku kenal ko laa aku buat macam nihh. aku seryes dina! believe me....

aku............ teros nangis, dan............ yeah, i accept him tapi...... malu-malu!


************************************************* 

AMIR ZAQUAN:

sebenarnya kan.......... aku dah suka ko sejak kita sama kelas! tapi aku tak tau nak sembang aper. lucky ko approve aku jadik member ko kat fesbuk and ym. kebetulan ko kantoi tak mandi depan aku... memang aku senyum-senyum sepanjang hari tak sabar nak bahan ko sebab by that way baru aku ada point nak sembang dengan ko. hehehe~

masa ko citer pasal bf ko, aku sebenarnya jelesss. sebab tuh aku balas lambat. ko cakap aku sabae mendengar kan? sebenarnya takk, aku dok tahan hati... kalo aku balas on-the-spot wajib kantoi aku jeles. hehe..

kebetulan pulak bf ko bagi chance kat aku by dua kan ko! masa tuh aku sedih laa tengok ko sedih. tapi...... separuh hati aku dah nampak peluang aku cerahh...... yeahha!

kenapa lambat sangat kan aku take action? sebab.... aku nak tengok sejauh mana ko boleh lupakan bf ko. sejauh mana ko perlukan aku. tapi bila dah tiap-tiap hari ko mesti chat dengan aku, okk i think i mean a lot for you! kan?

and........ aku penah dikecewakan, maka..... i'm sick of couple. aku nak kawen teros! i told you earlier kan? so, sekarang aku dah try. cuak tau time baca kat ym tuh ko nak rejekk orang tuh.. tapi......lucky ko accept jugak aku! jom la kawen, jom laa kawen... cepat-cepat tau sayang... I LOVE YOU!


********************************************* 


FARAH MEDINA:

aku kan, aku kan............ okeyh, aku dah tersuka kat ko since ko hiburkan aku kat klcc time aku putus! hahaha. tapi.... ko kan laki, takkan aku nak start dulu kan? so, diam-diam sudahhh.

cakap panjang tak laratt......... so, I LOVE YOU TOO.... kawen? SABARLAA SAYANGG. opp!

-----------------------------------

just few days left. cuti sekolah nih kiteorang bakal berkahwin! yeahhaaaa........................ eh, eh nak panggil dia aper eh? hermmm.


- - -  - - - - - - - END - - - - - - - - - -


wajib ler cerita tipuuu..................... grrrrrr~ 
(takder kena-mengena dengan yang mati ataupon yang masih hidop!)

Moral: kita tak tau kan saper jodoh kitaa.. tapi dah ditentukann... so.. jangan ler cinta kat pasangan kita lebih-lebih sangat.. yang still berkepel lerr... nak cakap lebih-lebih aku pon lebih kurang jek. sama-sama laa bermuhasabahh eh! peace:)

sumber


[ QUITE A NICE STORYTELLER  :) ]

MAFIA MATI?

Di Taiwan, kesemua ahli politik negara itu berkumpul dalam satu majlis pengebumian Big Boss Taiwan, yang juga merangkap ketua mafia dan ketua kongsi gelap, Lee Chao-hsiung.


Majlis besar itu disertai oleh ramai para wartawan dan konco-konconya yang mana lebih dari 20,000 orang yang hadir pada hari tersebut.

Majlis ini diketuai dengan perarakan 108 buah kereta mewah limosin - nombor simbolik dalam agama Buddha Cina.

Di bawah adalah beberapa gambar yang diambil pada majlis tersebut.







NEVER BE REPLACED




Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
All the love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
The love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced



I love you yes I do
I'll be with you as long as you want me to
Until the end of time



From the day I met you
I knew we'd be together
And now I know I wanna be with you forever
I wanna marry you and I wanna have your kids
Thinking never compare to the feeling of your kisses

I can say I'm truly happy to this day
You make me thank God that I live my life every day
There's never been a doubt in my mind that I'd regret
Ever having you by my side.



But if the day comes that I have to let you go
I think there's something I should probably let you know,
That everyday that I spent with you and
I won't miss you cause I'm happy that I had
You at all.



Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
All the love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
The love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced



I love you yes I do
I'll be with you as long as you want me too
Until the end of time




Here's 1st LADY, i guess



:)


[ NEVER   :) ]

SANGGUP MENDAKI KE PUNCAK DEMI..

Pernah terfikir nak panjat gunung tinggi-tinggi? Gunung Everest? Gunung Kinabalu? For what? Most of the Malaysians had already went to all those mountains before, so for what purpose we wanna go there else anymore???

Don't have any idea?? Don't know where to climb?? ( Entah apa yang aku merepek ni )

Let me tell you this good story of a GREAT CLIMBER.




This is translated version, not using Google Translate service.
Repeated, NOT USING ANY GOOGLE TRANSLATE SOURCE.

Ini adalah versi yang telah diterjemahkan, tidak menggunakan sebarang khidmat Google Translate.
( Bukan apa, bile kopipasta masuk GoogleTranslate, dah jadi macam **** yang diterjemahnya, hentah hapa2! )




Sanggupkah kita mengheret beg yang berat-berat, kasut mendaki yang tight, ( nak bawak badan sendiri pun dah satu beban waktu mendaki ni sebenarnya ) ke puncak gunung yang tertinggi di muka bumi ini? Tentunya anda akan menjawab "TIDAK!" , "NO!" , "NEHI !" , dll. 

Tetapi bagi seorang pendaki, Robert Bosch, 57, beliau sanggup pergi (mendaki, bukan naik heli) ke puncak-puncak gunung yang tinggi semata-mata untuk mengambil dan menangkap gambar-gambar panorama yang indah dan menakjubkan, daripada atas puncak gunung secara semula jadi.

Beliau telah mendaki hingga ke puncak Gunung Everest, Alps of Europe, dan juga ke kawasan yang telah lama terbiar di Antartika dalam pengembaraan untuk mendapatkan shot yang sempurna!



Here's the picture......
( untuk gambar yang lebih jelas dan besar, Right-click pada gambar dan klik 
Open image in New Tab )




Katanya lagi, mendaki Gunung Everest adalah amat senang bagi seorang professional, dengan cara dan laluan yang biasa digunakan. Semua orang mendaki ke puncak dan berfikir mereka sudah boleh menulis sebuah buku tentangnya, tetapi hakikatnya mereka semuanya bukanlah 'pendaki', mereka hanya pejalan kaki yang bergantung sepenuhnya kepada hasil kerja Sherpa-sherpa di Nepal.












[ HE IS SO DETERMINED, YET BRAVE ENOUGH! :) ]

May 7, 2011

'ORANG' GUNUNG JERAI

Penghuni Misteri di Gunung Jerai



Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ. 

''Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? '' Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh. 

En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan. 

Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan.


'' Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi,'' pinta Rasidah lagi. 
En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini 'bernyawa'. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri. 


Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya. 

Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya. 

''Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…'' rayu Rasidah, tinggi suaranya. 

Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segera beliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian! 

''Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan,'' kata Rasidah lagi. 

Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ? 

Lalu beliau cuba menakut-nakutkan mereka. En.Ramli katakan yang hutan itu penuh dengan binatang buas. Di sekitar gunung itu sudah ramai orang yang hilang nyawa diserang gajah meroyan, harimau, atau dipatuk ular, kala jengking, bisa lipan bara dan binatang-binatang buas yang lain. 

''Tak mengapa, bang. Tok wan ada, tok wan boleh halau binatang-binatang tu. Puteri pun ada !'' jawab Rasidah. Ah! En.Ramli semakin terasa aneh dengan percakapan gadis ini. Siapa tok wan itu ? Siapa pula puteri itu ? 

Tiba-tiba, ada suara aneh hinggap ke telinga En.Ramli. Seakan ada orang meniup-niup telinganya dan berulang kali suara itu menyebut Puteri Delima. ''Puteri Delima. Puteri Delimaaaa !! '' beliau terpaku. Siapa yang bercakap ? Darahnya mula berderau. Puteri Delima mana pula yang hendak datang, fikirnya berulang. 

''Sayalah Puteri Delima !'' kata gadis yang duduk di sebelah Rasidah. Gadis yang senyap sahaja dari tadi itu mulai bersuara. Matanya berkilat. Kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa terkekek-kekek. ''Ehh… ehheeee…! Ehh… ehheeee… ! Saya nak jumpa tok wan ! Saya nak jumpa tok waaaaaan!!!! '' kata gadis itu yang tidak putus-putus tersenyum dan memandang Ramli. 

En.Ramli tergamam. Terus dia benarkan gadis-gadis itu pergi ke Padang Tok Sheikh kerana gadis-gadis ini bukan manusia biasa lagi. Mereka sudah dirasuk bunian, beliau terpaksa tunaikan saja permintaan mereka. 

Esoknya En.Ramli diberitahu rakan-rakannya, kedua-dua gadis tersebut ada berjumpa dengan orang-orang yang bekerja di sekitar gunung itu. Malam itu juga gadis-gadis tersebut telah dapat berjumpa dengan tok wan yang dimaksudkannya. Dakwa kawan-kawan beliau, tok wan itu seorang lelaki tua dan beserban hijau. Mereka berjumpa di Padang Tok Sheikh. Peristiwa ini baru berlaku dua tiga tahun lepas. 

Pada pengalaman En.Ramli, apa yang mereka lihat itu adalah kelibat orang-orang bunian. Kawasan padang itu adalah salah satu daripada penempatan orang-orang bunian tersebut. Hutan rimba di sekeliling padang dan kawasan air terjun berdekatan juga adalah daerah kerajaan bunian. 

Dahulu ada sekumpulan anak muda yang ternampak istana bunian di tepi air terjun di situ. Mujur mereka cepat-cepat beredar. Kalau mereka masuk ke kawasan istana itu, mungkin mereka semua akan hilang dibawa ke alam ghaib. 

Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka. Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda dan pemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk halus ini. 

Mereka mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan dan akhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui. 


En.Ramli sendiri selalu terlihat orang bunian yang masuk ke dalam surau di puncak gunung itu. Di ketika yang lain, Ramli ternampak seorang lelaki tua bunian yang berserban mengambil air sembahyang di perigi yang ada di situ. 


Sebenarnya En.Ramli sudah banyak melalui pengalaman dahsyat yang dikatakan angkara makhluk-makhluk halus. Pada awal tahun 2000, ada seorang lelaki berusia pertengahan umur 20-an telah hilang di gunung itu. Jadi, beliau diminta untuk membantu usaha polis mencari pemuda tersebut kerana dia cukup arif tentang kawasan pergunungan itu. 

''Kita cari di sekitar air terjun dulu. Kalau tak jumpa juga, kita redah hutan ni,''kata En.Ramli pada polis-polis tersebut. Tetapi sudah hampir tiga hari, usaha mencarinya masih tidak membuahkan hasil. Tetap buntu. Sehinggalah pihak polis terpaksa menggunakan anjing pengesan untuk mencarinya. 


Akhirnya, pemuda itu berjaya juga ditemui setelah hampir seminggu dicari. Pemuda itu dijumpai di sekitar kawasan hutan yang tidak jauh dari kawasan air terjun tadi. 


Malang sekali, pemuda itu sudah tidak bernyawa lagi. Mayatnya ditemui dalam keadaan sungguh mengerunkan. Kepalanya putus. Dia seakan diserang oleh gergasi. Badannya berlumuran darah dan penuh luka. Cebisan pakaiannya yang koyak rabak bersepah-sepah diserata tempat. Apa sebenarnya yang telah terjadi ? 

En.Ramli yakin ini bukan angkara binatang buas. Itu angkara bunian kerana sebelumnya mereka sudah pun mencari di serata puncak gunung itu, pemuda tersebut gagal ditemui. Tetapi mengapa beberapa hari kemudian tiba-tiba sahaja mayatnya dijumpai berhampiran dengan air terjun itu ? Mesti ada sebab yang lain. 

En.Ramli percaya pemuda itu dibunuh dan disorok bunian. Lagipun, kawasan air terjun itu dan hutan- hutan di sekitarnya adalah tempat letaknya perkampungan bunian. Air terjun itu dipanggil tasik lima beradik kerana ia adalah tempat lima orang puteri bunian bermandi-manda. Puteri-puteri itu diceritakan terlalu cantik, tiada tandingan berbanding kecantikan manusia. Sambil mandi, mereka ketawa beramai-ramai. 

Beliau juga selalu mengingatkan para pengunjung, andainya mereka melihat lima puteri yang jelita itu, janganlah sesekali tergoda. Apatah lagi cuba-cuba menyimpan hajat mendekati mereka. Sesiapa yang terpedaya, nescaya akan lenyap ke alam bunian, kemudian hilang dari alam nyata. 

Di pinggir air terjun pula, kata En.Ramli, terletaknya istana bunian. Istana itu tersergam indah. Di sekelilingnya terdapat perkampungan bunian. En.Ramli memberi amaran kepada pengunjung, jangan dekati istana dan perkampungan itu. Silap langkah mereka akan di bawa masuk ke alam bunian dan terus lenyap. 

Ramli percaya, pemuda yang mati itu telah termasuk ke alam bunian tersebut. Walaupun kematian pemuda itu disahkan akibat serangan binatang buas, tapi Ramli kurang setuju. “Ini kerja bunian,” berkali-kali dikatakan begitu. 

Oleh kerana itulah En.Ramli selalu mengingatkan para pengunjung supaya jangan cakap besar, takbur dan riak. Kalau tidak, nanti dapat kecelakaan. Tambah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok, bala mungkin akan menimpa. 

''kalau ada apa-apa perkara yang pelik berlaku, jangan tegur. Lebih baik, diam ! Kalau ternampak benda-benda yang ganjil, tinggalkan. Ini kampung bunian '' pesan En.Ramli. 

Gunung itu sering 'mengambil nyawa' manusia yang berniat tidak baik. Mungkin ada benarnya ia angkara binatang buas, tapi bagi En.Ramli, mungkin juga disebabkan orang bunian. Sama juga dengan kebanyakkan kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun di kaki gunung itu. En.Ramli percaya semua itu angkara bunian. 

Nama gunung itu, Gunung Jerai. Orang-orang di Gurun, Kedah sentiasa berhati-hati apabila ke sana. Kalau ada orang luar yang mahu ke gunung itu dan berjumpa En.Ramli, dia akan berpesan, ''hati-hati. Jangan main-main dengan pengunggu Gunung Jerai ini. Tempat ini keras ! ''


En.Ramli menunjukkan tempat di mana perkampungan bunian dipercayai berada (anak panah)







[ 50% BETUL, 50% TAK, TAPI ALAM GHAIB MEMANG WUJUD :) ]

May 6, 2011

SING_GIRL

Korang berstatus SINGLE?? Tiada relationship lagi? Baru menjadi single setelah clash dengan pasangan??Masih mencari mr/mrs right?? Haaa.... sini nak bagi kelebihan menjadi S.I.N.G.L.E ......

1.  Jimat duit..Jimat masa...Jimat segala-galanya...

2. Elakkan pergaduhan... Korang sayang kat pasangan korang tapi dengan dialah korang selalu bergaduh (kalau yang xgaduh ngan kapel korang tu masih bahagia lah).. Dengan kawan2,mana korang gaduh pun kan? (kalau selalu gaduh baiklah takpayah kawan) Korang akan gaduh teruk2... Pastu baik balik... Pastu gaduh sampai nak putus la apalah...tak boleh study lah... Kalau anda singleee, masalah ni pasti tidak akan berlaku..

3. Free as you can be. Nak keluar ngan sapa.. Balik lewat pun tak ada yang akan marah (mak dan ayah confirm marah lah)... Makan ngan sapa.. Berdua ngan sapa pun tak kesah.. Dan takda yang akan sms atau call tanya kat mana lah, tengah buat apa lah.... Dah tak ada pasangan kan? So memang free sefree-free nya lah!

4. Kalau nak letak add friend ngan perempuan/lelaki lain pun tak ada sapa akan marah! Yelah, dah takde pasangan kan.. Jadi tengok lelaki/perempuan ni macam menarik ja jadi add lah dia.. Tidak ada yang akan marah pun.. Lagi satu, facebook korang pun xada yang akan ceroboh.. Haa..trend sekarang masing2 pegang password pasangan.. Jadi kalau single anda sorang je tahu password anda... Takde orang akan tengok kecuali anda sendiri dok pi bagi password kat orang lain..

5. Tiada yang akan berasa jeles atau iri hati... Kadang2 bila ada couple nih, kawan ditinggalkan.. Dah nampak muka bf/gf je..(ada yang camni) Jadi kalau kita single,memang tak adalah yang ada PHD atau perasaan yang seumpamanya..

6. Tak ada masalah kerinduaaann/keangaauuaann dan sebagainya.. Haha.. Biasalah kalau dah nama couple,mesti ada perasaan rindu tuh pada si dia... Tapi kalau anda single, RINDU Kampung Halaman jer sudah...hehehe



7. Tidak akan menipu mak dan ayah ( ni kalau mak dan ayah yang tak approve anak dia bercouple)...Yang jenis camnih juga akan melakukan apa sahaja untuk berjumpa pasangan dia sampai tipu mak dan ayah...Jadi kalau single, tak adalah buat dosa kat mak dan ayah...

8.  Fokus pada pelajaran... Memang ada kata "Aku ada pakwe/makwe pun boleh skor" atau "Percintaan tak mengganggu pelajaran" okay itu memang baguslah.. Tapi katakan lah korang bergaduh besar dan BESOKnya ni nak jawab final exam... kalau boley tumpu baguslah,tapi rasaaaanyaaa ramai yang tak boleh... am i right??

9. Memberi peluang kepada yang ingin memikat anda... Orang kata Test Market...Korang tahu ke kalau ada yang suka korang dan nak jadikan korang gf/bf? Kalau korang ada bf/gf mana korang nak tahu.. Berani plak dia nak bagitahu kalau korang dah ada relationship ngan orang lain? Kalau anda single, banyak yang nak isi borang....hehehe

10. Korang akan berasa happy sentiasa kerana tiada masalah daripada pasangan anda...

Kalau korang single,janganlah terburu-buru nak cari pasangan.. Enjoy dulu life as a single girl/boy...Pilih yang betul2 boleh dibuat pasangan.. Saya tak kata Couple Tu Tak Bagus cuma saya nak bagitahu kebaikan single sahaja... Dan kepada single ladies/man out there, 
BE PROUD Of BEING SINGLE.... <3


sumber


[ SINGLE IS BETTER, MUCH BETTER!    :) ]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...