[ bersamaku ]

August 22, 2011

CINTA A TO Z

A -Alliance
Cinta itu lahir dari penyatuan dua hati.

B-Brighten
Kehadiran cinta mampu menerangi hidup yang suram.

C-Caring
Namun cinta tidak bermakna andai tidak saling mengambil tahu antara satu sama lain.

D-Dear
Ini kerana orang yang dicintai adalah orang yang paling disayangi.

E-Enhance
Oleh itu, biarpun cinta ada di hati, namun harus tetap perlu berusaha untuk menambahkan lagi kasih
sayang yang ada.

F-Forever
Agar cinta itu kekal untuk selamanya.

G-Good
Untuk menjadi pencinta yang sempurna harus menjadi kawan yang baik pada pasangan.

H-Honest
Jujur dalam percintaan.

I-Intelegent
Bijak dalam menentukan mana yang baik untuk si dia.

J-Joke
Ceriakan hidup si dia dengan gurau dan senda.

K-Kind
Hati perlu sentiasa bersih dan luhur dalam percintaan.

L-Loyalty
Setia pada yang satu.

M-Manner
Sentiasa menjaga tingkah laku dan maruah diri.

N-Need
Dan perlu sentiasa ada rasa saling memerlukan.

O-Objective
Seperti hidup dalam percintaan juga harus ada matlamat dan tujuan.

P-Passion
Untuk mencapai matlamat harus ada keinginan dan kesungguhan.

Q-Quality
Cinta yang berkualiti adalah cinta yang ikhlas bukan kerana simpati atau kerana terpaksa.

R-Responsibility
Dari keikhlasan, akan lahir rasa tanggungjawab.

S-Survive
Untuk terus hidupmemperjuangkan cinta yang dibina agar sentiasa bahagia.

T-Tolerate
Sikap tolak ansur harus ada.

U-Unpredictable
Kerana setiap orang sukar diduga, jadi perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi yang tidak dijangka.

V-Valuable
Sentiasalah menghargai cinta kerna cinta itu amat bernilai dan bukan boleh dijual beli.

W-Wish
Cara terbaik menghargai si dia adalah cuba menunaikan apa sahaja yang diinginkan dari kamu.

X-X Factor
Kerana kekuatan cinta adalah pengorbanan.

Y-You
Apakah yang kamu lakukan untuk si dia?

Z-Zero
Dan tidak pernah mengecewakannya walaupun secebis kuman.





[ AND YOU'RE AT...? ]

0 24 shoutz!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...