[ bersamaku ]

November 27, 2011

AKU PELIK BILA..




  • Peliknya bila pengeluar kenderaan berlumba-lumba menghasilkan kenderaan yang lebih laju (moto especially), tapi bila naik highway, "Pandu perlahan. Pandu cermat jiwa selamat". Jadi apa fungsi meter ada 3 4 ketul?
  • Peliknya bila seluruh dunia ikut je AS, tak boleh ke dunia bersatu menentang AS? Kalau semua bersatu, rasanya AS mesti takkan menang kan?
  • Peliknya bila ramai yang sanggup bermatian, semata-mata nak tengok bola, sampai ada yang mati pun. Perlu ke sampai macam tu?
  • Peliknya bila orang lelaki yang jahat memberi gambaran buruk kepada semua lelaki-lelaki baik yang masih wujud. Memang 'Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga'. Tapi 'Dalam setandan pisang, bukan semuanya buruk'. Kan??
  • Peliknya bila satu lagu tu jadi background music iklan TV, mesti akan boom untuk suatu ketika (even sekejap je pon). Korang tak rasa ke?
  • Peliknya bila kerajaan tak habis-habis iklan "Air berkarbonat mampu menyebabkan diabetes. Jadikan buah-buahan tempatan sebagai snek". Tapi siapa yang import air-air semua tu? Bukan govt jugak? Pelik kan?
  • Peliknya apabila kerajaan juga menguar-uarkan supaya boikot produk buatan Israel dan sekutunya, none other US and alliances, tapi Malaysia dalam ranking top 10 pengimport dan eksport dengan negara-negara berkenaan. Susah mau cakap.
  • Peliknya bila minyak asyik naik, tapi susah mau turun. Apa kes?
  • Peliknya bila seorang pelajar kena belajar banyak subjek, dan kena skor A. Kalau seorang guru pun tak mampu mengajar semua subjek, kenapa expect pelajar belajar semua subjek?
  • Peliknya bila kerajaan, JAKIM, tv9 semua siarkan program keagamaan, nak remaja jadi elok. Tapi Kementerian Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan dok buat konsert. Elok kah? (Sorry!)

0 24 shoutz!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...