[ bersamaku ]

December 18, 2011

MISTERI - APA MAKNA 7 DULANG HATI NYAMUK, 7 DULANG HATI KUMAN?

Antara permintaan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud adalah 7 dulang hati nyamuk dan 7 dulang hati kuman yang mungkin tidak masuk akal untuk kita perolehi, tetapi tahukah anda makna sebenar disebalik permintaan tersebut?
Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat yang saya perolehi sewaktu menghadiri satu wacana mengenai "Terbitan ilmiah kurang popular berbanding terbitan hiburan".

Lagenda Puteri Gunung Ledang


Antara tetamu kehormat yang dijemput ialah Prof. Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah. Antara ungkapan yang menarik perhatian saya sewaktu beliau menyampaikan syarahan ialah mengenai permintaan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud. iaitu 7 dulang hati nyamuk dan 7 dulang hati kuman.

7 dulang hati nyamuk, membawa maksud 7 hati manusia atau pembesar yang sering melakukan penindasan terhadap penduduk di Melaka, dengan kata lain lintah darat. Penggunaan "nyamuk" tiada di dalam kosa kata Melayu sewaktu itu, ianya telah dikaji sendiri oleh Prof. Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah, nyamuk yang disebut melambangkan golongan pembesar dibawah pemerintahan Sultan Mahmud yang sering menindas rakyat Melaka sewaktu itu, dan nyamuk ialah sejenis serangga yang menghisap darah.
Gunung Ledang

7 dulang hati kuman pula membawa maksud 7 hati manusia yang berkelakuan seperti kuman yang akan memberi satu kesan buruk kepada manusia jika tidak ditangani dengan cepat dan akan merosakkan tubuh badan secara kita tidak sedar. 7 hati kuman ialah 7 hati pembesar dibawah pemerintahan Sultan Mahmud yang sering mengampu raja dan mengamalkan rasuah didalam pemerintahan Sultan Mahmud. Kuman juga tiada di dalam kosa kata Melayu sewaktu itu, tetapi ianya muncul di dalam kitab Salatus Salatin sama seperti nyamuk yang turut muncul didalam kitab tersebut.

Pemandangan Indah Gunung Ledang

sos - CariForum

[ UNIK ]

4 24 shoutz!:

Tiramisu Fatiema said... Reply Comment

perkongsian yg menarik,baru tau maksud dia...

superinggoviolet said... Reply Comment

@Tiramisu Fatiema
saya pun baru tau..
sama2 sharing..
:)
amek dari sos tuh..

Ahlam Miera Amirul Shafie said... Reply Comment

owh..gtu...huhuhu
bru taw...:)

HAFIZAL said... Reply Comment

PERH..BIAR BETUL...TAPI MEMNG BETUL KAN....DARI DULU DAH ADA PENGHISAP DARAH ORG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...