[ bersamaku ]

December 4, 2011

PANGGILAN TELEFON MISTERI EPISOD24

KISAH INI DISALIN TANPA EDIT DARIPADA SUMBER ASAL (KREDIT DI AKHIR POST). SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI (SURE MACAM AYAT SIGNBOARD ORANG REPAIR JALAN KAN?).

SILA LAYAN, PENUH PERASAAN..



Imbasan ..

"Nek..nenek 'pulang' ya?Jangan balik sini lagi,ni bukan tempat nenek. Nenek 'pulang' lah,sy tak apa-apa"
"Kau tak pulang ke?"
"Tak nek... ni dunia sy,tempat sy.. nenek pulang lah.."
"Nenek tau Freddie.. kau tak pernah pulang.. dan tak akan pulang"

Talian terputus..

Sambungan ..

Aku agak terpinga-pinga bila tengok Freddie mengalirkan air mata. Apa kes pulak nih, drama baru pulak ke. Dalam hati aku je lah cakap mcm tu, selepas Freddie ceritakan semuanya apa yang dibualkan dengan nenek misteri, hati aku sekali lagi rasa tersentuh. Ternyata nenek ini, dah jumpa Freddie yang dicari selama ni,cucu yang dirindu. Freddie seperti org hilang arah, beberapa kali aku tanya dia, tapi dia mcm tak fokus dah dengan apa yang aku cakap. Freddie request untuk berjumpa dengan aku,pada malam yang sama. Aku pulak, request untuk bawa Danny sama,at least tak lah aku dengan Freddie je, aku takut pulak kalau ada cerita tak elok pulak nanti, keluar malam2 dengan laki orang nih. Dengan orang bujang tak pe kot, hahaha.



Malam tu, selepas tutup kedai, aku tak balik rumah,tapi aku balik ke hostel. Tempat kerja aku ni memang ada provide hostel,tempat staff tinggal. Aku je yang tak tinggal kat hostel sebab rumah aku dengan tempat kerja pun tak la jauh sangat,dekat sangat pun tak jugak la. Aku ambik keputusan nak tinggal hostel malam tu, sebab aku takut nak tinggal sorang di rumah, abang aku outstation. Aku mcm dapat agak, kalau aku gi jumpa Freddie malam ni, aku takut kalau2 nenek tu muncul pulak kat mana2, nak mintak aku sampaikan pesan kat Freddie ke apa kan, tak berani lah aku k. Nampak je berani,tapi dalam hati aku ni asyik berdebar je bila teringat nenek tu yang dah beberapa kali muncul. Tak pasal2 kang accident lagi.

Sampai je hostel, aku mandi dan bersiap-siap ala kadar. Danny akan jemput aku untuk jumpa dengan Freddie. Kenny pun ada sekali, tanpa pengetahuan aku, rupanya Danny yang ajak Kenny sekali memandangkan Kenny ni kiranya mcm watak tambahan yang mungkin akan membantu la,hehe. Kitorang berjumpa tak jauh gak dari hostel tempat aku tinggal. Tak memilih tempat sangat pun,bukan nak makan betul,lebih kepada nak diskas dan sembang lebih je nanti.

Perbincangan kami bermula dengan penerangan lengkap daripada Freddie,dia cerita balik perbualan dengan nenek misteri tu. Menurut cerita Freddie, suara nenek dalam telefon tu, bukan suara nenek dia. Suara nenek dia, tak macam tu pun, nampak sangat nenek tu memang orang lain, itu yang Freddie yakin sangat. Jangankan kata persamaan, malah sikit pun suara nenek tu takde persamaan dengan suara nenek dia yang dah meninggal beberapa tahun yang lalu. Tapi, yang buat dia musykil sangat, cara nenek misteri tu bercakap, lenggok suara (intonasi/cara bercakap) memang betul2 serupa dengan mendiang nenek dia. Bila ditanya tentang hal jam yang tertinggal tu pun, nenek tu selamba je jawab dengan betul. Freddie nak kepastian, sama ada nenek kepada Kenny ni yang call atau pun mungkin orang tua yang lain.

Mengikut cerita Kenny pulak, memang nenek dia selalu bertanyakan tentang bila nak balik, dah makan ke tak,dan soalan-soalan yang serupa jugak mcm yg pernah Danny dengar. Sebab tu Kenny yakin, memang nenek dia yang call,cuma dia tak pasti macamana nenek tu kebetulan pulak boleh call pejabat Danny sedangkan Danny takde kaitan pun dengan Freddie. Kalau nenek tu call restoren kitorang je takpe jugak, at least nampak la ada kaitan sebab nombor tu pernah Freddie pakai.

Freddie mula bertanya pendapat aku tentang kepercayaan aku sebagai orang Islam.

"Aishah, erm..kalau dlm agama awak kan,orang mati boleh hidup balik tak?" soal Freddie.
"Kalau dalam kepercayaan sy sebagai orang Islam, orang yang dah mati,takkan kembali" aku jawab,dengan berhati-hati sebab perbincangan mengenai pegangan agama,aku risau kalau aku mengguris perasaan sesiapa pulak.
Tak boleh blah pulak bila Kenny tiba2 tau gelak sakan. Rupanya perkataan "takkan kembali" tu mcm lucu bagi dia,puitis sangat.

"Alaaa...cakap je lah orang dah mati takkan hidup balik.Ni,takkan kembali pulak. Sastera gila! Hahahaha!" Entah apa yang lawak,aku pun tak tau,tapi aku senyum2 je lah. Ni bukan kali pertama tau aku kena tegur pasal bahasa,pernah beberapa kali gak. Mungkin minat aku yang lebih terarah kepada menulis, buatkan aku kadangkalanya,pakai ayat yang tak direct to the point gitu,hehe.

Danny menyampuk dengan memberi sikit penerangan."Kalau dalam agama Islam,hidup selepas mati tu adalah waktu hari kita dibangkitkan,penentu syurga dan neraka. Tapi,bukan dengan cara hidup semula dan merasuk tubuh orang lain. Kalau dalam Islam, bila terjadi benda mcm ni, ianya lebih kepada gangguan syaitan,untuk sesatkan manusia. Biasala mereka tu penuh dengan tipu helah untuk buat kita bergaduh,tak sefahaman dan mcm2 lagi lah" terang Danny.

"Erm... tapi .. kalau dalam kepercayaan sy, roh orang yang mati dalam keadaan dia tak tenang,atau masih ada tugas yang masih dia belum selesaikan,dia akan kembali ke dunia nyata,untuk "hint" orang yang masih hidup,tentang keinginan dia.Maaf,tapi...itu yang sy percaya" jelas Freddie pulak. Kenny angguk,tanda setuju.

"Sy tau kita ada agama dan kepercayaan yang berbeza. Sy hormat agama dan kepercayaan awak,sy pasti semua yang berlaku pasti ada sebab,ada punca kenapa benda tu berlaku" ulas Danny pulak, dan masing2 angguk tanda setuju.

Masing-masing ada teori yang pelbagai. Freddie tetap dengan pendirian dia, dia percaya, nenek Kenny sekarang adalah nenek dia,yang hidup di dalam tubuh nenek Kenny. Freddie nekad nak berhubung sendiri dengan ayah Kenny untuk bincang hal ni dengan lebih serius, ternyata nenek Kenny tu bukan nyanyuk seperti yang disangka,sebaliknya roh nenek Freddie yang menetap dalam tubuh itu. Ini yang Freddie percaya.

Lepas beberapa hari,aku dapat tau Freddie masih gagal dapatkan kebenaran daripada ayah Kenny,untuk berjumpa dengan nenek tu. Dengan alasan, ayah Kenny tak suka kehadiran orang luar,dia tak percaya dengan apa alasan sekalipun. Protect sungguh ni.

Dipendekkan cerita, pada satu hari ni, nenek Kenny jatuh sakit. Terbaring lemah atas katil dan asyik sebut nak jumpa Freddie sebelum dia 'pergi'. Kenny berusaha pujuk ayah dia, bagilah peluang pada Freddie untuk tunjukkan keikhlasan dia,lagipun Freddie kelihatan seperti orang baik2 je. Kenny sanggup tanggung semuanya kalau ada perkara buruk berlaku pada nenek dia. Ayah Kenny pun bengang gila lah, ye la, si Kenny tu masih muda lagi,tapi pandai-pandai pulak nak ajar ayahnya itu dan ini, hingga lah pada 1 hari tu,diorang bertengkar sehingga Kenny keluar dari rumah,sebab Kenny berkecil hati dengan kata-kata ayah dia. Aku tak sure pulak ayah dia dah cakap apa kat dia, yang pasti, Kenny merajuk la gitu, biasa lah hati muda kan.. asal terasa je dengan parents, mula la lari dari rumah.

Since Kenny dah tak balik ke rumah, ayah dia pun sama tak contact dah. Kenny ni tinggal umah member,entah kat mana ntah,aku tak sure tapi apa yang pasti,Kenny ni sebenarnya tunggu ayah dia call,pujuk lah konon,tapi nan hadoooo... Hahaha.. Kenny ni anak manja jugak sebenarnya,sebab tu bila Kenny dah mula pandai lawan cakap dengan ayah dia, ayah dia beranggapan kitorang ni la yang hasut dia jadik mcm tu. Dekat sebulan lebih jugak la Kenny tinggal kat umah member dia & waktu tu dia kerja part time kat kedai fotostat,sementara tunggu ayah dia pujuk la kengkonon,ape da... Aku geli hati jugak sebab Kenny sms aku,asyik ngadu pasal ayah dia tak pujuk pon,woah.. Haha.. aku gelak sakan la sebab kantoi masa tu dia memang anak manja pun,obvious ok!

Sebulan lebih mcm tu, ayah Kenny tiba2 call. Kenny jawab la jugak, ye lah kan duk tertunggu org pujuk, takkan lah orang dah call,wat dek je kan.. sepantas kilat je jawab fon dengan harapan ayah dia akan cakap "Kenny,ayah mtk maaf..pulang la ke rumah ya".. Tapi sebaliknya pulak berlaku bila ayah Kenny call Kenny hanya semata-mata nak suruh Kenny bawa Freddie,aku dan Danny ke rumah,ada hal penting. Dalam perjalanan nak ke rumah Kenny tu, kitorang gelak sakan lah jugak sebab dengar cerita Kenny yang mengaku tunggu dirinya dipujuk,haha.

SUMBER: CARI

0 24 shoutz!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...