[ bersamaku ]

December 4, 2011

PANGGILAN TELEFON MISTERI EPISOD7

KISAH INI DISALIN TANPA EDIT DARIPADA SUMBER ASAL (KREDIT DI AKHIR POST). SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI (SURE MACAM AYAT SIGNBOARD ORANG REPAIR JALAN KAN?).

SILA LAYAN, PENUH PERASAAN..



Sambungan ...

Setelah investigation sendiri dibuat selama 3 hari berturut-turut, aku dah berjaya faham pe yang nenek tu cakap, melalui bantuan Danny. Danny cadangkan aku untuk pergi Telekom, cuba track berapa nombor telefon nenek tu,lepas tu senang lah kitorang nak tau alamat rumah die kan, dalam hati ni waktu tu memang dah bersemangat nih, nak jumpa nenek yang pd awalnya aku anggap menakutkan, tapi bertukar jadi simpati pulak.

Aku pun request lah dari partner yang sama incharge restaurant tu, untuk ambik offday hari Ahad, nasib baik gak lah die okay je, sebab waktu tu tengah bulan, restoren pun takde lah busy sangat, staff pun cukup, so no hal lah kalau aku nak offday hari ahad. Aku dah standby dah tulis info pasal nenek tu, waktu2 yang selalunya die call, untuk memudahkan aku jadik CSI kat telekom tu.

Hari Ahad .. Danny jemput aku kat umah  .. kitorang sarapan kat McDonald. Waktu sarapan, aku dengan Danny banyak sembang pasal nenek ni, macam-macam spekulasi yang timbul, tapi waktu tu aku memang kuat dengan kepercayaan aku yang nenek ni confirm nyanyuk lah. Danny pulak cakap, jangan2 nenek ni dah mati, rindu anak dia kot,tu yang duk call tu tapi salah nombor. Ade pulak mcm tu, habis tu nenek tu mati, kubur sekali dengan telefon ke, ke cina memang suka bawak harta masuk kubur. Waktu aku cakap mcm tu, aku tersedar aku terlepas cakap pulak, tak sepatutnya assume cina mcm tu kan, aku diam then say sorry.



"Sorry? Kenapa?"
"Ye lah,kan tadi sy macam assume cina ni gila harta pulak. Sorry la,takde niat."
"Kenyataan tu, ada jugak bangsa cina yang akan kuburkan mayat bersama sedikit harta milik dia"
"Owh ye ke? Sy ingatkan zaman dulu-dulu je mcm tu?"
"Sekarang pun ada jugak mcm tu Aishah .."
"Owh,family awak masih amalkan tanam harta bersama mayat gak ke?" (dah la tadi mintak maaf,timbul balik soalan takde insurans aku nih )

"Taklah.. itu bukan cara kita orang Islam" kata Danny yang merentap jantung aku, rasa nak gugur waktu tu jugak.

"Awak .. Islam?"
"Kalau ya,kenapa?"
"Sebab Mdm Wong ..kan buddha?"
"Iman boleh diwarisi ke?" - Hoh,time ni muka aku dah panas.

Waktu tu, baru aku tau Danny rupa-rupanya Cina Hakka yang beragama Islam sejak dilahirkan. Ayahnya berbangsa Cina Hakka dan ibunya berbangsa Suluk yang berasal dari Sabah. Ibu bapa Danny ni memeluk Islam selepas 3 tahun berkahwin,waktu tu Danny tak lahir lagi. Aku pun ternganga je lah dengar penjelasan die, sebab aku pada awalnya tak pulak expect die Muslim, mungkin sbb die bangsa Cina Hakka jadi aku macam terus cop die beragama Buddha, mcm mak sedaranya si mdm wong tu.

Eh, tersasar pulak.. ni nak cerita pasal kisah nenek ke kisah Danny ni  ..

Setibanya kitorang di Telekom, ambil nombor giliran & cerita pasal masalah kitorang kat pegawai telekom tu. Aku yang bercerita pasal masalah ni, cuma aku ceritakan secara general. Aku cuma bgtau, nombor telefon restoren kitorang selalu dihubungi oleh orang yang tak dikenali, setiap hari. Aku tak pulak cerita pasal nenek tu cari freedie segala,sebab aku rasa info tu terlampau detail pulak,mcm very the tak perlu (ke perlu..?). Jadi kiranya aku request lah nak track nombor tu. Pihak telekom tu suruh tunggu & dorang ada mintak beberapa info la untuk sahkan aku memang authorized person ke atas nombor restoren tu. Selepas beberapa minit mcm tu, dorang cakap tiada nombor yang dikesan call restoren kitorang setiap hari, nombor lain memang ada call, tapi bukan setiap hari.

Aku rasa pelik, nombor yang call kitorang setiap hari, tiada dalam rekod pemanggil. Aku mintak untuk print kitorang punya in-call record, bila dah dapat, memang takde dalam rekod pulak. Ada satu nombor tu, yang aku nampak ada call pada waktu tengahari, selama 3 hari berturut-turut, aku request nak mintak info nombor siapa tu, tapi malangnya bila Telekom cakap dorang tak boleh bagi info nombor telefon secara sebarangan terutamanya nama atau alamat,dorang cakap memang tak boleh kecuali ada report polis bagai, untuk siasatan kalau aku nak dakwa nombor tu sebagai mengganggu privasi. Aku cakap lah memang nombor yang call tiap hari tu mengganggu privasi, tapi aku cuma sekadar nak tahu nama dan alamat dia, aku tak berniat sampai nak report polis pulak. Then pegawai telekom tu bagitau, minta maaf sebab dorang tak boleh reveal maklumat pelanggan secara terus. Mesti melalui report polis ataupun permintaan dalam bentuk bertulis/surat rasmi.

Aku dengan Danny pun malas lah nak bincang panjang, aku tak sangka pulak procedure untuk dapatkan maklumat tu jadi rumit pulak. Aku makin pelik bila tengok senarai nombor tu, hampir semuanya aku memang kenal, nombor supplier. Kalau ada pun nombor yang aku tak kenal, tu semua nombor customer yang call, takde pulak yang call tiap2 hari mcm nenek tu. Pelik.

Waktu ni,aku dah mula rasa tak kena. Rasa takut. Berhantu ke apa nombor telefon kitorang ni, perasaan takut yang baru je hilang tu, dah datang balik. Rasa ingin tahu tu membuak-buak, aku tak puas hati dengan info yang kitorang dapat. Danny cadangkan buat je laporan polis, tapi aku cakap tak payah. Bukan apa, kang makin rumit pulak, leceh lah sampai nak buat laporan pulak. Aku pulak jenis yang malas nak melalui semua tu, setakat panggilan telefon mcm tu, aku rasa banyak lagi kes lain yang polis nak siasat, kes mcm aku ni dikira kes terpencil je kot.

Aku dengan Danny pun balik je, dengan fikiran aku yang tengah sarat dengan 1001 misteri.

Eh korang, aku lapar lah, belum makan ni sebenarnya. Aku makan dulu ah, kang aku sambung balik ek!

Bersambung ...

SUMBER: CARI

0 24 shoutz!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...