[ bersamaku ]

November 30, 2012

UJUNGAN - RITUAL MEMANGGIL HUJAN

Indonesia.
Boleh tahan pelik.
Ritual dan adat yang berbagai.

Ujungan.
Salah satu ritual silam di daerah Kediri, INdonesia untuk memanggil hujan.

Amalan ritual ini dahulunya merupakan ritual tahunan di negara tersebut pada musim kemarau untuk 'memanggil' hujan demi mengairi tanaman dan ternakan.

Kini, amalan ini hanya dijalaankan pada waktu-waktu terdesak sahaja disebabkan semakin kurang penduduk yang masih mengamalkan dan mempercayainya.

Alat pemukul diperbuat daripada sabut kelapa sawit, dinamakan Tiban.
Pukulan Tiban diiringi dengan alunan muzik dan drum.

Darah yang mengalir menjadi simbolik untuk pertukaran dengan air hujan.

Gambar.


November 29, 2012

TELEFON BOLEH BENGKOK DARIPADA SAMSUNG

Bersedialah untuk menghadapi masa depan.

Kini syarikat gergasi kontroversi dunia, Samsung bakal menawarkan telefon bimbit yang mampu dibengkokkan, malah boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam poket kecil anda.

Teknologi baru ini menggunakan OLED (Organic Light Emitting Diodes). Ura-ura mengatakan segalanya akan dimuatkan ke dalam Samsung S4 yang bakal dikeluarkan tak lama lagi.

Lee Chang Hoon, Naib Presiden di Jabatan Teknologi Paparan Samsung memberitahu syarikatnya telah mengeluarkan beberapa sampel kepada pelanggan terpilih untuk dicuba pada peringkat permulaan. Namun, tarikh sebenar pelancaran masih belum ditentukan.

Gambar dan video di bawah.

November 21, 2012

SERVER CRASH?

Assalamualaikum pembuka bicara.
Di malam ini kita bersua.
Sidang tergempar penyebab berita.
Bukan sekadar pembazir masa.

Alkisah maka tersebut kisah,
blog noobie masih mentah,
mencari identiti yang masih bersepah,
belum ketemu sudah musnah.

Bukan niat menjadi penceroboh,
bukan mahu bertukar hodoh,
tidak pula menunjuk seloroh,
cumalah ingin meningkat ampuh.

November 9, 2012

SALJI DI AWAL ABAD KE-21

New York baru sahaja dilanda taufan Sandy. Namun tidak merisaukan kerana teknologi yang wujud pada hari ini mampu menangani bencana alam tanpa sebarang masalah, dengan sistem kewangan yang kukuh.

Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana penduduk New York suatu ketika dahulu mengatasi bencana alam seperti salji teruk dsbnya, dengan teknologi yang amat terhad ketika itu?

Layan gambar.






KERETA KONSEP HYPER-DRIVE

Prototaip kereta ini direka oleh Michael Vetter daripada The Car Factory di Florida. Ianya berharga £75,000 dan mempunyai cermin hadapan sepanjang 5 kaki, dilengkapi dengan pintu sayap yang boleh dibuka-tutup menggunakan alat kawalan jauh.

Kereta yang mempunyai enjin supercharge ini direka demi memenuhi kehendak para peminat filem fiksyen sains di luar sana yang inginkan sesuattu yang baru, segar dan berbeza.

Kereta ini digerakkan oleh enjin supercharge dua liter, yang menjana 270bhp untuk dihantar ke roda hadapan melalui kekotak gear 5 kelajuan.
Selain itu, ia turut dilengkapi dua kamera untuk memudahkan proses parkir.





LADANG POPPY TERINDAH

Gambar-gambar menarik ini dirakam oleh Alan Ranger, 43, di Ladang Blackstone di Bewdley, Worcestershire, semasa bunga-bunga ini sedang mekar mengembang.

Ladang ini dibuka sebagai memperingati askar-askar British yang telah gugur di medan pepearngan.

Alan Ranger sanggup bangun seawal jam 3.30 pagi, dan menunggu sehingga matahari terbit untuk mendapatkan rakaman dan pemandangan yang paling sempurna. Selain itu, beliau juga turut menunggu hujan selama 3 jam berhenti untuk shot yang terbaik.

Ladang ini dahulunya tempat peperangan semasa Perang Dunia Pertama, dan kini subur ditumbuhi bunga-bunga yang kemerahan. Dan ini bukanlah bunga biasa. Ianya BUNGA POPPY!
Kenapa? Sebab ianya lambang peringatan, dan juga sumber utama pembuatan Morfin, Codeine dan Heroin.

Ladang ini dibuka sempena Hari Peringatan.



October 23, 2012

PEREMPUAN DALAM PERANG

Kita sering dihidangkan dengan imej-imej keganasan dalam medan perang, khusunya di Afghanistan dan lain-lain yang sedang bergolak.
Perempuan turut menyertai askar, demi mempertahankan maruah bangsa.

Namun, tahukah anda....
PEREMPUAN TETAP PEREMPUAN.

Tak percaya?
Jamah mata..










September 22, 2012

VOLKNER MOBIL PERFORMANCE - CAMPER VAN MEWAH

Kita kerapkali melihat bas dua tingkat yang bergerak di atas jalanraya di seluruh Malaysia. Nama glemernye double decker (konon London habis).

Tapi yang satu ni, memang mewah. Bas ataupun camper van ini telah dinobatkan sebagai yang terunggul di dunia, masih tiada yang seumpamanya dicipta. Ianya bernilai £1.2 juta. Dan yang menarik perhatian, bas ini ada satu ruang khas rahsia di tingkat bawahnya, ataupun garaj mini untuk membawa bersama kereta mewah untuk dipandu, seperti Ferrari atau Lamborghini.

Bas Volkner Mobil Performance berukuran 40 kaki panjang, menawarkan pengalaman berharga kepada para pengembara yang inginkan pengembaraan yang luarbiasa di atas jalanraya, dengan suntikan kemodenan dan kemewahan.

Layan gambar.









September 21, 2012

PERKAHWINAN DIRAJA PUTERI SULTAN BRUNEI

Puteri Sultan Brunei, yang mana antara orang terkaya di dunia, Puteri  Hajah Hafizah Sururul Bolkiah (32) telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, Pengiran Haji Muhammad Ruzaini (29) pada 20 September 2012 dalam majlis gilang-gemilang yang dijalankan di Istana Diraja yang dihadiri 1700 hadirin.

Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah merupakan anak kelima Sultan Brunei dan Permaisuri Saleha. Akad nikah dijalankan di hadapan para kerabat dan sanak saudara diraja dan para kenamaan.

Puteri Hajah Hafizah mempunyai ijazah dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dan sedang bertugas sebagai pegawai di Kementerian Kewangan Negara. Manakala pengantin lelaki pula bekerja sebagai pegawai di Jabatan Perdana Menteri Brunei.

Layan gambar.






September 11, 2012

BILA TERLALU MENGANTUK

Waktu kecil, paling ngeri kalau mami dedi suruh tidur siang.
Waktu besar, paling ngeri kalau mami dedi larang tidur siang.
Pantang ada masa lapang, cari port, terus landing.

Dalam satu laman web ni, ada koleksi gambar kanak-kanak yang terlalu mengantuk, tidur di mana saja, asalkan tiada gangguan. Ibubapa mereka mengambil gambar lalu dihantar ke laman web, bukan untuk pertandingan, tapi sekadar suka-suka.

Cakap banyak tak guna.
Layan gambar.










September 9, 2012

POKOK AIR-IDEA CANGGIH

Kehidupan semakin bertambah. Ruang yang dahulunya dihuni oleh mergastua kini dibangunkan atas nama pembangunan dan kemajuan. Justeru penduduk asal semakin dihimpit oleh gugusan pencakar langit.

Seorang arkitek daripada Belanda, Koen Olthius, tampil dengan idea bernas pemuliharaan dan pemeliharaan, yang diberi nama Sea Tree. Sea Tree ialah sebuah struktur bertingkat yang terdiri daripada lapisan-lapisan habitat hijau asal seperti dalam hutan hujan.

Taman ini akan menyediakan persekitaran kepada burung-burung, kelawar dan haiwan-haiwan kecil yang lain.

Direkabentuk untuk kegunaan dalam bandar dengan laluan air yang luas, seperti London dan New York, Sea Tree takkan diberi akses kepada manusia, demi mengelakkan sebarang kemusnahan yang tidak diingini. Olthius menampilkan konsep ini kerana katanya sangat susah untuk menambah ruang taman dalam bandar. Maka ruang yang kosong seperti laut, tasik, udara patut digunakan sebaiknya.

Awesome idea kan?
Layan gambar.






September 3, 2012

BILA JADI MIKRO

Anda selalu melihat semut. Anda kerapkali melihat rama-rama. Pasir. Salji. Dan macam-macam lagi. Tapi pernahkah anda melihatnya di bawah mikroskop? Tentu sekali tidak, melainkan anda saintis.
Dalam satu pertandingan yang dijalankan oleh Nikon International, dinamakan Nikon Small World Photomicrography Competition, berbagai objek dibesarkan dan dipertandingkan dalam peraduan tersebut.

Layan gambar.

LALAT



SEL KANSER



PASIR PANTAI


August 18, 2012

GAMBO OSERM PEMENANG NATGEO

Daripada lebih 12,000 penyertaan, 6615 jurugambar dan 152 negara seluruh dunia, hanya 11 gambar yang terpilih menjadi pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan National Geographic 2012.

Layan.








August 17, 2012

MATI DIHEMPAP TAR PANAS

Kisah sedih ini berlaku di China.
Seorang peunggang skuter di China mati dihempap tar panas oleh sebuah lori yang dipotongnya. Pemandu lori berkenaan memberitahu yang dia terpaksa mengelak apabila skuter terbabit memotong dengan merbahaya secara tiba-tiba di hadapannya.
Dia perlu membrek dan kemudiannya lori tersebut terbalik, menghempap penunggang skuter malang itu.
Seorang saksi memberitahu, dia terdengar jeritan lelaki itu di dalam tar panas tersebut sebelum suara itu semakin hilang.
Sadis.

Layan gambo..






August 5, 2012

RESTORAN AWESOME DALAM GUA

Di selatan Itali, ada sebuah restoran dinamakan Grotta Palazzese. Tiada apa yang menarik jika nak dibandingkan dengan restoran lain di seluruh dunia. Cuma ianya dibina di dalam gua, hanya 74 kaki dari paras laut dan memberikan pemandangan dan pengalaman unik kepada setiap pelanggan yang hadir yang disapa dengan angin pantai malam yang sejuk dan nyaman.
Dan ingat, restoran ini hanya dibuka kepada umum pada Mei hingga Okober setiap tahun.

Pics or didnt happen?
Nah..scroll down..







July 23, 2012

TEROPONG TERBESAR DI DUNIA DIDEDAHKAN

Teropong pembesar ini berukuran 8 kaki panjang, dijangkakan akan dijual pada harga £300, namun akhirnya terjual pada nilai lebih daripada £2,000. Ianya dihasilkan di Brighton, East Sussex pada 1946 untuk mereka yang mahu meneropong kapal-kapal besar di lautan. 

Pembida yang berjaya, David Greatwood daripada syarikat Moore, Allen and Innocent berkata, "Kami sangat berbesar hati dengan harga ini. Ianya dijaga dengan rapi oleh seorang pengumpul dan peminat barangan antik sejati."

Tidak diketahui tujuan sebenar penghasilan teropong ini. Namun yang pasti ianya bukan untuk melihat bintang kerana jelasnya ia dibuat mendatar, bukan menegak. Sesuatu yang ganjil apabila ianya dicipta pada 1946, kerana tahun tersebut merupakan tahun selepas perang.

Kanta optiknya dihasilkan oleh Albert Lambourne Ltd di Brighton, dan pemegangnya dibuat oleh William Pacey.

Ianya dimiliki oleh seorang wanita yang mana diwariskan oleh bapanya dan sangat gembira dengan harga jualan yang berakhir di Cirencester.





July 12, 2012

EKSKLUSIF - CARA MELIHAT HANTU

AMARAN!
SEGALA KANDUGAN YANG AKAN DIPAPARKAN DI BAWAH ADALAH SAMA SEKALI SYIRIK DAN DILARANG KERAS DALAM AGAMA ISLAM, UNDANG-UNDANG MALAYSIA DAN AKTA WILAYAH JAJAHAN TAKLUK. 
SEBARANG KESAN AKIBAT AMALAN INI ADALAH ATAS RISIKO SENDIRI. 
SEGALA PAPARAN ADALAH UNTUK PENGETAHUAN AM SAHAJA. 
DILARANG MENCUBA DI RUMAH, KAWASAN TERTUTUP, SEKOLAH, ASRAMA ATAU MANA-MANA TEMPAT YANG DIRASAKAN PALING SELAMAT.
KEBANYAKAN ORANG SANGAT BERKEINGINAN UNTUK MELIHAT HANTU DAN IANYA TIDAK MUSTAHIL. NAMUN INGATLAH, IANYA BUKANLAH SATU PILIHAN BIJAK.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

5 Kaedah Untuk Melihat Hantu dan Segala Roh yang Wujud di Alam Lain 
( tidak sesuai untuk individu yang lemah semangat )



  • Kaedah Pertama
Dapatkan satu magnet kaki kuda dan gantung magnet tersebut menggunakan tali benang merah di atas alang rumah. Renung dengan penuh fokus selama 30 minit setiap malam sebelum tidur, sehinggalah anda akan dapat merasakan tenaga-tenaga disekeliling magnet akan menjadi terang dan lama-kelamaan dapat dilihat. Dalam masa lebih kurang sebulan, semangat atau roh hantu akan dapat dilihat. Akan tetapi, selepas dapat melihat, jangan teruskan proses ini, atau jika tidak 'mata ketiga' anda akan dibuka dan adalah sesuatu yang mustahil untuk menutupnya semula.


  • Kaedah Kedua
Pada tepat jam 12 malam, pandang tepat ke dalam cermin sambil anda menyapu dengan lembut menggunakan darah ayam jantan yang disembelih, tempat di mana mata anda dipantulkan. Kesan akan dialami dalam masa 2 hari.


July 11, 2012

TIPS WAJAH TANPA JERAWAT

Tentunya kulit muka yang dipenuhi sarang jerawat dapat menghilangkan keyakinan diri kita, samada sebagai pelajar, pekerja, eksekutif, model mahupun seorang penganggur. Namun semua inginkan kulit yag mulus tanpa jerawat, Tidak mustahil kita dapat menghilangkan jerawat daripada muka kita, agar dapat meningkatkan keyakinan diri ke tahap maksimum!

Berikut ada beberapa tips mudah yang dapat diikuti:


  • Cuci 2 Kali Sehari
Tip yang pertama adalah dengan mencuci wajah dua kali sehari. Mencuci wajah secukupnya dapat membantu menghilangkan minyak punca jerawat di permukaan kulit. Jika kita jarang membersih muka, dengan mudahnya bakteria penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun harus diingat, jangan mencuci apalagi menggosok secara berlebihan, kerana ini bakal meningkatkan jumlah pengeluaran minyak sobaceous yang boleh menyebabkan masalah kulit pada wajah. Basuh wajah dua kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut.



  • Elak Kosmetik Berminyak
Secara semulajadi, wajah kita akan menghasilkan minyak, pada kulit kering sekalipun. Jadi seboleh mungkin hindari menggunakan kosmetik yang berlebihan kerana minyak dan debu akan menjadi media bakteria penyebab jerawat untuk hinggap di wajah kita.

March 21, 2012

TAK PAHAM SUNGGUH!

Sesi berleter bermula lagi.
Kali ini menampilkan laman sosial terkini.
Segala yang tercetus di laman ini,
bakal tercetus menjadi trendy.

Ini yang berlaku minggu lepas.
Aku on facebook dengan pantas.
Almaklumla pakai chrome, laju zaass.
Sebab aku pakai streamyx, 1mbps. <-- kesah apa aku tak rhythm :P

Bila buka nampak benda ni.
Benda apa yang aku merepek?
Boleh tengok bawah sini.



Nampak apa yang berlaku?
Tak nampak sebab kecil macam kuku?
Meh I zoom sikit, kasi besar macam dalam muka buku.


OK sekarang nampak kan.
Bukan I nak kutuk yang bukan-bukan.
Tapi anda nampak sendiri depan-depan.
Adakah dengan Like, bukti sayang Tuhan????

Mari kita renungkan.
Dalam satu hari, cukupkah yang lima?
Dalam satu minggu, berapa subuh kita leka?
Dalam satu bulan, berapa kali betul-betul doa?
Dalam seumur hidup, dah berapa tahajjud kita?
Berapa kali bangun malam satu pertiga?

Relaks semua.
Bukan saya menghina.
Saya juga insan tak sempurna.
Saya juga seperti anda.
Dan sudah tentu, anda seperti saya.
Sempurna yang tiada.
Hanya Muhammad bin Abdullah selayaknya menerima.

Berbalik kepada isu.
Like di facebook.
Apa maknanya itu?

Seseorang post sesuatu.
Berikan ayat semanis madu.
Harapkan anda setuju.

Like jika sayang Allah.
Benarkah begitu?

Jika anda betul-betul sayangkanNya.
Mengapa tidak habiskan masa sujud kepadaNya?
Mengapa tidak beribadah kepadaNya?
Mengapa online facebook 24 jam tanpa mengingatiNya?

Seriously people.
All this post make me puke.
Not puking rainbows.
But the way 'round.

Sedarlah manusia.
Bukan nak mengata.
Tapi sudah nyata.
Tuhan tak suruh hambaNya like tanda sayang padaNya.
Tuhan suruh beralih kepadaNya, dari dunia yang sementara.

Kepada si poster.
Maaf jika terasa.
Kepada yang terlibat Like.
Ampun jika tersinggung.

Aku bukan hamba alim dan warak.
Tapi kanak-kanak juga,
tahu yang surat dan sirat padanya.

Sedarlah manusia.
Jika sayang Tuhan, lakukan perintahNya.
Bukan sebaliknya.

:)

March 12, 2012

KERANA AWAK CANTIK

Melihat dia dari jauh, sudah cukup buat aku terpegun. Sesekali mata menjeling, cuba mengimbas mana yang sempat pada susuk tubuhnya. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan.

Dia melangkah rapi, umpama langkah seekor kucing yang menyilangkan kaki pada setiap hayunan langkahnya. Rapi dan teliti. Saat angin menghembus lembut pada wajahnya, terbang rambut panjang yang dibiarkan lepas tanpa diikat, mahupun ditutup. Hitam bersinar tatkala disuluh cahaya mentari.


March 10, 2012

March 5, 2012

KERETA HALIMUNAN PERTAMA

Jika anda seorang peminat tegar filem Harry Potter dan Lord of the Ring, pastinya anda dah tahu, Harry dan juga Frodo Baggins sudah pun ada baju halimunan yang dipakai.

Tapi saintis sekarang baru saja dapat mengenalpasti cara untuk menghilangkan sebuah kereta sedan, bukan magis, tapi teknologi.

Dengan menggunakan teknologi penyamaran yang dianggap berkesan, para saintis telah mengendalikan satu eksperimen ke atas kereta Mercedes Benz.

Eksperimen ini adalah salah satu iklan Mercedes Benz, yang menunjukkan bahawa kereta mereka seolah-olahnya tidak memberi kesan rumah hijau ke atas bumi. Itu tanggapan yang harus mereka beri kepada para pelanggan.

Teknologi ini memperkenalkan penggunaan lampu LED yang dibalut ke atas badan kereta tersebut.

Layan gambar + video.




February 16, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...