[ bersamaku ]

January 28, 2012

SENI DARIPADA ASAP

Seni itu infiniti. Kreativiti manusia tiada batasan. Bagi manusia biasa, asap itu mengganggu. Bagi orang seni asap itu penyeri.

Dengan memakai sut kalis api, unit penapis karbon dan sistem aliran udara segar dengan topeng muka, Rob Tarbell menyiapkan karya-karyanya yang menggunakan asap dan jelaga.

Segala aktiviti seninya dijalankan di dalam garaj di rumahnya. Dan beliau kemudiannya menyediakan satu bilik khas untuk menyimpan segala hasil krafnya apabila menyedari bilik kerjanya semakin penuh.

Karya ini disiapkan dengan membakar segala jenis kertas seperti kertas foto dan kad kredit. Dan asap yang terhasil dicetak pada sekeping siling, merakamkan bentuk-bentuk unik yang terhasil.

Dan jika anda melihat betul-betul, anda akan nampak kesan-kesan kekuningan pada hasil karya tersebut. Kesan kuning tersebut adalah akibat daripada overburnt atau terlebih bakar, yang mana hampir menyebabkan nyalaan api besar berlaku.

Namun, bagi seorang artis seni, segalanya dalam kawalan.
:D



January 26, 2012

FOTO ULANGTAHUN HITLER KE-50

Foto-foto ini diambil oleh seorang jurugambar German ketika itu, Hugo Jaeger, sewaktu era kebangkitan German pada penghujung Perang Dunia Kedua.

Beliau diberi akses sepenuhnya oleh Adolf Hitler, di seluruh Eropah. Foto-foto ini memberikan gambaran jelas era pemerintahan Nazi German.

Menurut majalah Magazine, Hitler juga pernah berkata: 'The future belongs to colour photography.' (Masa depan akan dipelopori gambar berwarna)

Kebanyakan gambar diambil memberi fokus kepada wajah Hitler sewaktu parti sambutan harijadinya. Sambutan ini berlangsung pada bulan April 1939. Lima bulan kemudian, beliau mengarahkan askar Nazi berarak ke Poland, yang mana kemudiannya mencetuskan perang ke atas Eropah.





January 23, 2012

TAK BISA MEMILIHMU



Another fine fan made mvideo.



tak bisa memilihmu

Terjauh  terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiri ku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,
Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

(terhanyut jiwa ini, terjatuh dihatinya)

OPERASI SOPA & PIPA TERUS BERJALAN

Setelah penangkapan CEO Megaupload, iaitu salah satu laman sesawang perkongsian fail besar di dunia, operasi SOPA diteruskan lagi dengan penutupan laman perkongsian fail berikutnya, iaitu Filesonic.

Jika anda berniat untuk memuatturun fail daripada laman ini, anda akan dipaparkan dengan satu notis yang menyatakan fail tidak dapat dimuatturun. Manakala hanya pemilik fail tersebut sahaja dibenarkan berbuat demikian.

Tidak diketahui pula apa tindakan seterusnya selepas ini.

Adakah laman perkongsian lain seperti Mediafire juga akan mengalami nasib yang sama? Hanya tunggu dan lihat.

Jika itu berlaku kepada Mediafire, maka bermulalah zaman gelap kepada para pendownload tegar di dunia maya kini. Tiada lagi fail percuma. Tiada lagi laman perkongsian terbaik. Tiada lagi kebebasan bertukar-tukar maklumat.

Hanya emel dan YahooMessenger.
Kembali kepada zaman permulaan pengenalan internet.





January 21, 2012

BILA HITAM PUTIH JADI WARNA!

Seorang lelaki dari Sweden, Santana Dullaway telah tersangat rajin menukar koleksi foto hitam putih kepada satu koleksi baru foto berwarna, dalam resolusi tinggi.

Sesetengahnya kurang bersetuju dengan tindakan beliau, kerana menganggap adalah lebih baik agar foto-foto tersebut dibiarkan dalam keadaan asal, untuk mengekalkan keasliannya.

Antaranya adalah foto sambutan kejayaan tentera Jepun, kemusnahan Pearl Harbour, dan foto tergempar seorang banduan Viet Cong ditembak di kepala oleh tentera sewaktu Perang Vietnam.






LAGI KURSUS BODYGUARD WANITA

Jika anda pernah terbaca beberapa hari yang lalu, pernah dipaparkan satu artikel tentang beberapa orang graduan di negara China [SINI] yang sanggup menjalani latihan untuk menjadi pengawal peribadi, akibat daripada lonjakan ekonomi di negara itu yang naik secara mendadak.

Dan ini, cerita yang sama, cuma daripada beberapa orang graduan yang lain pula.

Alkisahnya sesi latihan ini berlangsung di Beijing, membabitkan 20 orang yang terpilih antara ramai yang menghadiri temuduga.

Mereka perlu menahan pukulan botol kaca dan kayu, demi untuk lulus dalam ujian yang dijalankan.

Kursus ini berjalan selama 4 minggu, diselia oleh Pasukan Khas Tianjiao.






January 16, 2012

TUTORIAL RENAME BANYAK FAIL SEKALIGUS! +VIDEO

Ok peeps.

Hari ni nak tunjuk sikit satu tutorial ni. Di sini nak diingatkan, tutorial ini tidaklah semudah yang disangka, sebaliknya ia SANGAT-SANGAT-SANGAT-SANGAT MUDAH SEPERTI TIDAK DISANGKA!


Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara dan langkah-langkah mudah untuk anda menamakan semula fail-fail anda yang berselerak itu.

Contoh situasi, anda ada banyak gambar menarik untuk dikongsi pada halaman Twitter mahupun Facebook, namun tidak tersusun. Jadi anda pun mengalami migrain ringan memikirkan cara menyusun semula mereka. Nak rename satu persatu? Naa, anda sangat rajin, dan ini bukan cara untuk orang rajin, jadi jangan teruskan membaca.


Apabila gambar dalam susunan seperti anda mahukan..
1) Select All (Ctrl + A)

January 12, 2012

KURSUS BODYGUARD WANITA

Di China, seramai 20 orang wanita, kebanyakannya graduan universiti, rela ditendang, diselam, hampir dilemaskan dan membawa kayu berat semasa dalam satu 'boot camp' yang diselia oleh para bodyguard terlatih dan professional.

Para pelatih menjalani latihan selama 10 bulan untuk menjadi pengawal profesional dan terlatih.

Antara sebab para wanita ini ingin menjadi pengawal peribadi terlatih adalah disebabkan lonjakan ekonomi di negara China.
Lonjakan ekonomi secara mendadak memaksa para elit mengupah pengawal peribadi sendiri. Dan wanita sesuai menjalankan tugas ini disebabkan 'serampang dua mata' yang wujud.

Tak faham? Buat-buat faham sahaja okeh!

Layan gambar..









January 9, 2012

APABILA SNSD MELAWAT KEM ASKAR

Alkisahnya SNSD ni dijemput untuk buat persembahan 'release tension' kat sebuah kem askar kat Korea ni.
Kelihatannya semua mat-mat 'tough' terus lentok layan SNSD.

Lumrah alam..

:B

Layan saja..















[  ;_;  ]

January 7, 2012

DON'T WORRY

Whenever you feels that your destiny is in front of you, don't think twice of saying yes.
If you accept that, you might be in lucky for the whole of your life.
But if you simply say no for that, you might find it hard to have another lucky moment just like that.

And don't you worry of losing me as you friend, 'cause at any cost, I am still, and will forever be your friend (God permits).

:)

And not that I am posting you a fake pact, but in fact I am in order to try having a good friend indeed.

I WILL STILL BE YOUR FRIEND AT ALL COST!
MIND THAT.

January 6, 2012

SENI DARIPADA BUKU

Here are some collection of art from books.

Have it.. :)












AROUND THE WORLD IN 300 SECS

Kita pernah ditayangkan dengan filem Aorund The World in 40 Days di layar perak, lakonan hebat Jackie Chan dan bintang filem Hollywood lain.

Tapi sekarang, mari kita tonton video menarik mengelilingi dunia dalam beberapa saat sahaja.

Video nukilan jurugambar Kiend Lam yang merantau seluruh dunia.

Layan.






[ RAJIN BUAT VIDEO :)  ]

January 2, 2012

LONDON BAZIRKAN £1.9j SAMBUT TAHUN BARU

London menyambut Tahun Baru 2012 dengan dibanjiri lebih 250,000 pelawat pada malam tahun baru.
Sebanyak £1.9j telah digunakan, dengan £270,000 digunakan untuk pentas dan lain-lain persembahan.
12,000 jenis bunga api pelbagai jenis dipertunjukkan pada sambutan tersebut. Persembahan bunga api besar-besaran ini telah dijalankan selama 11 minit, di Kota London.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...