[ bersamaku ]

January 23, 2012

OPERASI SOPA & PIPA TERUS BERJALAN

Setelah penangkapan CEO Megaupload, iaitu salah satu laman sesawang perkongsian fail besar di dunia, operasi SOPA diteruskan lagi dengan penutupan laman perkongsian fail berikutnya, iaitu Filesonic.

Jika anda berniat untuk memuatturun fail daripada laman ini, anda akan dipaparkan dengan satu notis yang menyatakan fail tidak dapat dimuatturun. Manakala hanya pemilik fail tersebut sahaja dibenarkan berbuat demikian.

Tidak diketahui pula apa tindakan seterusnya selepas ini.

Adakah laman perkongsian lain seperti Mediafire juga akan mengalami nasib yang sama? Hanya tunggu dan lihat.

Jika itu berlaku kepada Mediafire, maka bermulalah zaman gelap kepada para pendownload tegar di dunia maya kini. Tiada lagi fail percuma. Tiada lagi laman perkongsian terbaik. Tiada lagi kebebasan bertukar-tukar maklumat.

Hanya emel dan YahooMessenger.
Kembali kepada zaman permulaan pengenalan internet.








[ PERANG DINGIN ]

0 24 shoutz!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...