[ bersamaku ]

January 28, 2012

SENI DARIPADA ASAP

Seni itu infiniti. Kreativiti manusia tiada batasan. Bagi manusia biasa, asap itu mengganggu. Bagi orang seni asap itu penyeri.

Dengan memakai sut kalis api, unit penapis karbon dan sistem aliran udara segar dengan topeng muka, Rob Tarbell menyiapkan karya-karyanya yang menggunakan asap dan jelaga.

Segala aktiviti seninya dijalankan di dalam garaj di rumahnya. Dan beliau kemudiannya menyediakan satu bilik khas untuk menyimpan segala hasil krafnya apabila menyedari bilik kerjanya semakin penuh.

Karya ini disiapkan dengan membakar segala jenis kertas seperti kertas foto dan kad kredit. Dan asap yang terhasil dicetak pada sekeping siling, merakamkan bentuk-bentuk unik yang terhasil.

Dan jika anda melihat betul-betul, anda akan nampak kesan-kesan kekuningan pada hasil karya tersebut. Kesan kuning tersebut adalah akibat daripada overburnt atau terlebih bakar, yang mana hampir menyebabkan nyalaan api besar berlaku.

Namun, bagi seorang artis seni, segalanya dalam kawalan.
:D

















[ SENI SUKAR DIFAHAMI ]

0 24 shoutz!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...