[ bersamaku ]

January 16, 2012

TUTORIAL RENAME BANYAK FAIL SEKALIGUS! +VIDEO

Ok peeps.

Hari ni nak tunjuk sikit satu tutorial ni. Di sini nak diingatkan, tutorial ini tidaklah semudah yang disangka, sebaliknya ia SANGAT-SANGAT-SANGAT-SANGAT MUDAH SEPERTI TIDAK DISANGKA!


Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara dan langkah-langkah mudah untuk anda menamakan semula fail-fail anda yang berselerak itu.

Contoh situasi, anda ada banyak gambar menarik untuk dikongsi pada halaman Twitter mahupun Facebook, namun tidak tersusun. Jadi anda pun mengalami migrain ringan memikirkan cara menyusun semula mereka. Nak rename satu persatu? Naa, anda sangat rajin, dan ini bukan cara untuk orang rajin, jadi jangan teruskan membaca.


Apabila gambar dalam susunan seperti anda mahukan..
1) Select All (Ctrl + A)

2) Right Click pada gambar pertama.
3) Taip nama yang diinginkan. Contohnya 'Gambar Raya'. Jadi hanya rename dalam format berikut:
     
          <Gambar Raya><jarak>< (1) >

4) Enter.

Gambar-gambar anda sepatutnya akan menjadi seperti berikut:

Gambar Raya (1).jpg
Gambar Raya (2).jpg
Gambar Raya (3).jpg 
dan berikutnya..





Straight to the point, tengok tutorial video je, lagi senang nak ikut.
(Untuk lebih jelas, tukar kepada 720p mode. Tapi 480p pun dah clear rasanya)




[ SENANG YA AMAT! ]

0 24 shoutz!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...