[ bersamaku ]

February 16, 2012

February 11, 2012

BALASAN KETIDAKPUASAN HATI - TEMBAK LAPTOP

Ok kisah ini berlaku di North Carolina, USA. Alkisah ceritanya seorang ayah yang sedang marah (saya tak rasa marah adalah perkataan yang sesuai), telah melakukan satu kaedah unik untuk mengajar si anak perempuannya, Hannah, 15, tentang erti kekeluargaan dengan berhemah.

Si bapa berasa amatlah perlu untuk anaknya itu menghormati ibubapa dan kaum yang lebih tua daripadanya. Masalah tercetus apabila anaknya yang baru berumur 15 tahun (di Malaysia, masih bawah umur) terang-terangan memaparkan satu nota ketidakpuasan hatinya di laman sosial terkemuka, Facebook. Dia secara terburu-buru memaki hamun, mengutuk dan menyuarakan isi hatinya di laman tersebut, tanpa ada sedetik pun sangkaan yang ayahnya akan mengetahui benda tersebut.

Dan malangnya, dia terlupa ayahnya, Tommy Jordan, seorang pakar IT, dan bidang tersebut satu-satunya sumber pendapatan merekan sekeluarga.

Apa yang Hannah tak puas hati?
Baca di bawah.

February 4, 2012

HARAPKAN 'PAGAR', 'PAGAR' MAKAN PADI

Salam all.

Tadi tengah syok dok melayan acara maraton atas talian maya, terjumpa satu blog ni, menceritakan tentang isu bahasa Melayu, yang mana saya yakin hampir keseluruhan di antara kita tak pernah, dan takkan pernah fikir pun.

Kita semua tak kisah pun, tak ambil berat pun pasal-pasal peribahasa bahasa ni, kan?
Pergi sekolah, darjah 1 sampai darjah 6, tingkatan 1 sampai tingkatan 5 (ada rezeki sambung tingkatan 6), kemudian sambung masuk universiti lepas SPM. Peribahasa? Pfftt! Hafal jer, petik jari, ingat, tulis masuk esei SPM. Siap!

Tapi apa yang saya jumpa ni, memang menarik. Saya sendiri secara ikhlasnya tak pernah terfikir pun. Pernah la juga baca dan rasa pelik, tapi terpaksa 'reset' balik otak kepada 'mode lalai' (default mode) semata-mata sebab nak lulus dan dapat A Bahasa Melayu SPM.

Lagipun, cikgu yang ajar sendiri pun tak pernah bangkitkan perkara ni, malah tak pernah sebut pun. Mungkin juga sebab cikgu sandaran, atau cikgu yang ajar tu muda lagi, kurang pengalaman.

OK 'nuff blabbering.

"HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI"
"HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI"

BURUNG PEGAR - Ditugaskan untuk menjaga tanaman pada zaman dahulu daripada makhluk perosak



Sebenarnya tak pernah pun nampak pagar mengunyah padi. Hehehe. Maka kesilapan wujud sewaktu proses penterjemahan dilakukan.

Selain itu, kita juga selalu dengar peribahasa 'Bagai melepaskan batuk di tangga'. Apa kaitan kita batuk di tangga? Apa relevannya?

Saya juga pernah terfikir perkara ni. Tapi tak pernah terbuka mulut nak tanya guru yang berkaitan. Maka selama bertahun-tahun menimba ilmu, justeru dalam timbaan ilmu itu, ada la kesilapannya.

Kenapa peribahasa itu membawa maksud kerja separuh jalan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...