[ bersamaku ]

February 4, 2012

HARAPKAN 'PAGAR', 'PAGAR' MAKAN PADI

Salam all.

Tadi tengah syok dok melayan acara maraton atas talian maya, terjumpa satu blog ni, menceritakan tentang isu bahasa Melayu, yang mana saya yakin hampir keseluruhan di antara kita tak pernah, dan takkan pernah fikir pun.

Kita semua tak kisah pun, tak ambil berat pun pasal-pasal peribahasa bahasa ni, kan?
Pergi sekolah, darjah 1 sampai darjah 6, tingkatan 1 sampai tingkatan 5 (ada rezeki sambung tingkatan 6), kemudian sambung masuk universiti lepas SPM. Peribahasa? Pfftt! Hafal jer, petik jari, ingat, tulis masuk esei SPM. Siap!

Tapi apa yang saya jumpa ni, memang menarik. Saya sendiri secara ikhlasnya tak pernah terfikir pun. Pernah la juga baca dan rasa pelik, tapi terpaksa 'reset' balik otak kepada 'mode lalai' (default mode) semata-mata sebab nak lulus dan dapat A Bahasa Melayu SPM.

Lagipun, cikgu yang ajar sendiri pun tak pernah bangkitkan perkara ni, malah tak pernah sebut pun. Mungkin juga sebab cikgu sandaran, atau cikgu yang ajar tu muda lagi, kurang pengalaman.

OK 'nuff blabbering.

"HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI"
"HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI"

BURUNG PEGAR - Ditugaskan untuk menjaga tanaman pada zaman dahulu daripada makhluk perosak



Sebenarnya tak pernah pun nampak pagar mengunyah padi. Hehehe. Maka kesilapan wujud sewaktu proses penterjemahan dilakukan.

Selain itu, kita juga selalu dengar peribahasa 'Bagai melepaskan batuk di tangga'. Apa kaitan kita batuk di tangga? Apa relevannya?

Saya juga pernah terfikir perkara ni. Tapi tak pernah terbuka mulut nak tanya guru yang berkaitan. Maka selama bertahun-tahun menimba ilmu, justeru dalam timbaan ilmu itu, ada la kesilapannya.

Kenapa peribahasa itu membawa maksud kerja separuh jalan?


"MELEPASKAN BATUK DI TANGGA"
"MELEPASKAN BATOK DI TANGGA"

Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

BATOK
Dipetik daripada LINK
[ INFO :) ]

0 24 shoutz!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...