[ bersamaku ]

July 12, 2012

EKSKLUSIF - CARA MELIHAT HANTU

AMARAN!
SEGALA KANDUGAN YANG AKAN DIPAPARKAN DI BAWAH ADALAH SAMA SEKALI SYIRIK DAN DILARANG KERAS DALAM AGAMA ISLAM, UNDANG-UNDANG MALAYSIA DAN AKTA WILAYAH JAJAHAN TAKLUK. 
SEBARANG KESAN AKIBAT AMALAN INI ADALAH ATAS RISIKO SENDIRI. 
SEGALA PAPARAN ADALAH UNTUK PENGETAHUAN AM SAHAJA. 
DILARANG MENCUBA DI RUMAH, KAWASAN TERTUTUP, SEKOLAH, ASRAMA ATAU MANA-MANA TEMPAT YANG DIRASAKAN PALING SELAMAT.
KEBANYAKAN ORANG SANGAT BERKEINGINAN UNTUK MELIHAT HANTU DAN IANYA TIDAK MUSTAHIL. NAMUN INGATLAH, IANYA BUKANLAH SATU PILIHAN BIJAK.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

5 Kaedah Untuk Melihat Hantu dan Segala Roh yang Wujud di Alam Lain 
( tidak sesuai untuk individu yang lemah semangat )



  • Kaedah Pertama
Dapatkan satu magnet kaki kuda dan gantung magnet tersebut menggunakan tali benang merah di atas alang rumah. Renung dengan penuh fokus selama 30 minit setiap malam sebelum tidur, sehinggalah anda akan dapat merasakan tenaga-tenaga disekeliling magnet akan menjadi terang dan lama-kelamaan dapat dilihat. Dalam masa lebih kurang sebulan, semangat atau roh hantu akan dapat dilihat. Akan tetapi, selepas dapat melihat, jangan teruskan proses ini, atau jika tidak 'mata ketiga' anda akan dibuka dan adalah sesuatu yang mustahil untuk menutupnya semula.


  • Kaedah Kedua
Pada tepat jam 12 malam, pandang tepat ke dalam cermin sambil anda menyapu dengan lembut menggunakan darah ayam jantan yang disembelih, tempat di mana mata anda dipantulkan. Kesan akan dialami dalam masa 2 hari.


  • Kaedah Ketiga
Ambil 2 helai daun jambu batu, lekapkan ke atas mata pada pukul 9 - 11 malam. Menjelang 12 malam, semangat atau hantu akan dapat dilihat.

  • Kaedah Keempat
Selepas jam 2 pagi, ambil 2 batang lilin dan terokalah hutan untuk mencari perempuan yang akan beranak pada jam lebih kurang 3 pagi. Paku tangannya dan lekatkan pada sebatang pokok. Dapatkan darahnya dan gosok pada mata anda. Hantu akan dapat dilihat dengan mudah. ( Lagenda rakyat Jepun )

  • Kaedah Kelima
Anda bersama 3 lagi rakan anda perlu mencari sebuah rumah usang lama yang ditinggalkan. Beratur di dalam rumah dalam bentuk keretapi. Susun 4 orang, berdiri. Orang kedua sentuh bahu orang pertama. Orang ketiga sentuh bahu orang kedua, dan seterusnya. Logiknya, orang terakhir tidak akan dapat merasakan sebarang sentuhan pada bahu, kerana dia yang terakhir. Namun, jika merasa sebarang sentuhan, sapuan atau pegangan tangan, maknanya ianya BUKAN MANUSIA.

1 24 shoutz!:

Kepakaran said... Reply Comment

betol ker tue..heheh.mcm nk try je..agak2 menjadi x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...