[ bersamaku ]

July 11, 2012

TIPS WAJAH TANPA JERAWAT

Tentunya kulit muka yang dipenuhi sarang jerawat dapat menghilangkan keyakinan diri kita, samada sebagai pelajar, pekerja, eksekutif, model mahupun seorang penganggur. Namun semua inginkan kulit yag mulus tanpa jerawat, Tidak mustahil kita dapat menghilangkan jerawat daripada muka kita, agar dapat meningkatkan keyakinan diri ke tahap maksimum!

Berikut ada beberapa tips mudah yang dapat diikuti:


  • Cuci 2 Kali Sehari
Tip yang pertama adalah dengan mencuci wajah dua kali sehari. Mencuci wajah secukupnya dapat membantu menghilangkan minyak punca jerawat di permukaan kulit. Jika kita jarang membersih muka, dengan mudahnya bakteria penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun harus diingat, jangan mencuci apalagi menggosok secara berlebihan, kerana ini bakal meningkatkan jumlah pengeluaran minyak sobaceous yang boleh menyebabkan masalah kulit pada wajah. Basuh wajah dua kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut.



  • Elak Kosmetik Berminyak
Secara semulajadi, wajah kita akan menghasilkan minyak, pada kulit kering sekalipun. Jadi seboleh mungkin hindari menggunakan kosmetik yang berlebihan kerana minyak dan debu akan menjadi media bakteria penyebab jerawat untuk hinggap di wajah kita.

  • Keringkan Guna Tuala Bersih
Setelah mencuci muka atau mandi, seeloknya gunalah tuala asing untuk mengelap muka, kerana bakteria juga menyukai tempat yang hangat dan lembap.



  • Minum Air Putih
Hampir 70% kulit kita terdiri daripada air, dengan meminum sekurang-kurangnya 2 liter sehari kulit kita akan selalu segar dan sihat.



  • Gunakan Pelembap Kulit
Penggunaan pelembap akan membantu menyihatkan kulit kita, terutama kepada kulit kering dan tidak sekata. Namun, pelembap di sini bukanlah bererti pelembap yang berminyak. Sekarang sudah banyak produk kosmetik yang berasaskan air.



  • Pastikan Kulit Bersih Sebelum Tidur
Rajin-rajinlah mencuci muka sebelum tidur, agar kulit dapat regenerate dengan baik. Jangan menunggu bulan jatuh ke riba!



  • Amalkan Makan Sayuran dan Buahan
Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin yang dapat menyihatkan kulit kita. Perbanyakkan makan sayuran dan buah-buahan, terutamanya yang mengandungi Vitamin E. Dengan kulit yang sihat sukar untuk jerawat tumbuh dan berkembang.



  • Tidur yang Cukup dan Teratur
Kulit juga sama seperti kita, perlu berehat. Jadi biasakanlah untuk mendapat tidur yang cukup dan teratur. Kerana di saat kita berehat, kulit akan disegarkan semula dan sel-sel mati dibuang sehinggalah saat kita bangun semula, kulit akan kembali segar seperti sediakala.


0 24 shoutz!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...